Friday, April 29, 2011

'Mereka' mewarnai hidupku......

Mereka membuatkan letih+penat lelahku tidak terasa.......
Mereka membuatkan diri ini gembira dikala mula merasa bebanan kerja yg amat berat......
Mereka membuatkan diri ini tertawa dikala duka.......
Mereka membuatkan diri ini belajar bersabar.........
Mereka membuatkan diri ini belajar menahan rasa marah........
Mereka membuatkan diri ini menghargai setiap saat yang Allah kurniakan........
Mereka membuatkan diri ini sedar akan setiap tanggungjawab yang perlu dipikul........
Mereka membuatkan diri ini komited dalam melakukan kerja........

Sesungguhnya 'mereka' telah mewarnai hidupku.........
dan setiap saat dan waktu bersama mereka akan aku jadikan sebagai salah satu kenangan manis dalam kamus hidupku

Wednesday, April 27, 2011

Counting Rules-Probability-Probability Distribution-Binomial Distribution

Sejak mengajar Math II SHF1124 ni,bole dikatakan aku asyik termimpi2 dan setiap saat memikirkan cara bagaimana utk student2 aku mudah memahami especially dalam tajuk counting rules yang dikategorikan sebagai "killer topic".......setiap soalan solutionnye berbeza walaupun kadang2 soalan hampir sama......aku dan lecturer2 lain sendiri mengakuinya.....kadang2 kami sendiri mengambil masa yg agak lama untuk memikirkan solution utk sesuatu soalan......so tricky.....

Apa2pun aku enjoy mengajar sem ni walaupun sangat sibuk dan smpi xde masa utk diri sendiri dan family.....short sem hanya tinggal seminggu je lagi......dan aku harap aku dapat menyampaikan seberapa banyak ilmu yang aku mampu kepada mereka dan semoga mereka semua mendapat manfaat dari setiap ape yg aku sampaikan pada mereka........

Sunday, April 24, 2011

Short Semester

Dulu aku kurang percaya bila org ckp mengajar short sem ni agak stress......
Skarang aku admit yg fakta tu betul sangat2.......
First time mengajar kat CFS terus mengajar time short sem.......
Dan time short sem ni gak aku g TIDE (Taa'ruf Intelectual Discourse)
Course yg wajib di attend oleh sume staff2 baru cam aku ni.......
Kursus 4 hari di UIA Gombak (nasib baik kat UIA Gombak je and xperlu nk overnite)....

Asalnya aku ingat nk replace kelas after aku balik dr kursus tu......
Tetiba bila aku tgk academic calender,baru aku realize bila aku skip kelas seminggu,aku hanya
ada baki lagi 2 minggu je utk abiskan 3 chapter!!!!!which is so impossible.....

So,aku wat keputusan utk wat gak kelas at nite after balik dr kursus.........
Sangat2 letih dan sangat2 exhausted.......kelas start 8pm-10pm......
Balik dari kelas,drive and normally sampai umah pling lewat 11pm.....(driving alone)
And baru aku sedar bile badan kita terlalu dan tersangat2 letih,sangat susah untuk lelapkan mata.......
berbanding dengan hari2 aku yang biase.....

Dan kini,sesudah abis kursus tu,aku still rasa sakit2 badan dan aku rs tido aku xberkualiti lately......
After bangun tido normally aku akan rs segar,tp tidak lately.......
Bangun tido,aku still rs lemah,sakit2 badan dan xbermaya.......
Dan aku mula hilang selera..........tp aku cuba paksa mulut aku utk telan makanan....
I don't know why,but it is still happen until today.........

Aku betul2 perlukan tenaga right now.....tp xtau mane nk cari energy tu....
Energy tu cam missing somewhere.......aku takut ia akan effect teaching aku dlm kelas....
I hope that I can do the best for my students........
I really hope that my student can understand what I was teaching in class.....
I try to look energetic in front of them but sometimes I can't......

One of my students ask after class on last friday.......
"Bole saya datang bilik miss after class ni utk amik paper midterm & ask some questions?"
Apa yang ade dalam fikiran aku after 3 hours class (8am-11am) on last  friday
is REST........
Yup,I need to rest for 30minutes at least........
After abis kelas tu rs cam nk pitam pun ada.....
So,I told the students that :"can u come and see me after jumaat prayer?"
Then,that students agree........that's good......

Ya Allah Ya Tuhanku,kembalikanlah kekuatan dalam diri hambaMu ini

Thursday, April 21, 2011

Kadang2 badan yang terlalu letih membuatkan kita susah nak tidur

Minggu yang sangat meletihkan+memenatkan.........18-21 april TIDE (Taa'ruf Intelectual Discourse)

Jadualku sepanjang minggu ni:
5.30am-bangun tido
6.20am-bertolak ke UIA PJ after subuh prayer
7.20am-sampai UIA PJ
8.00am-6.30pm-berkursus di UIA Gombak (TIDE)
8.00pm-10.00pm-Class MathII (SHF1124) di UIA PJ
10.10-10.40pm-Sampai umah

Inilah kali pertama sejak aku bergelar staff UIA aku merasa yang aku betul2 bekerja....

Study+berkursus+mengajar dalam satu masa........dan bila balik rumah badan penat sampai xbole nak tidur....tidur jam 2pg dan wake up at 5.30am and drive to UIA PJ........time berkursus nak curi2 tido pun bole sbb talknye pun semuanya menarik......

Mode:xsabar nak weekend......

Sunday, April 17, 2011

Aku accident langgar orang

Setelah 7 thn aku dapat lesen kete+motor inilah kali pertama aku accident dgn kereta yg aku drive sendiri....bukan nak bangga tp kisah ini boleh dijadikan peringatan untuk aku atau sesiapa sahaja yg membaca entry ini supaya lebih berhati2 samada ketika memandu/menunggang motor di masa2 akan datang.......

Kisahnya bermula begini.......ia berlaku kira2 jam 3.30 ptg td.....
Aku tinggal keseorangan di rumah,tetiba tergerak pulak nk g MPK withdraw duit kt ATM bank islam...disebabkan kononnye malas nak bukak pagar (padahal sebab BLE 2327 dah berkilat aku lap semalam,so xnakla cemari ia dengan asap2 kenderaan di jalanan),so aku pun drive kereta ayah yg kononnye pagar kt tmpt parking kete ayah dah sedia terbukak luas......

Apa yang aku plan,pas balik dr withdraw duit,nak g kedai badurun kononnye nak beli aiskrim+air 100plus....(blup blup blup......sedapnye air 100plus bile diminum tika panas terik sebegini).....
namun hajat aku x kesampaian,aku yg asalnya tergerak nak lalu jalan shortcut utk ke kedai badurun tetiba bertukar fikiran melalui traffic light kt simpang 4.....

Mungkin inilah taqdir Allah......bak kata org,benda dah nak jadi.....nk wat camne.....ketika aku melalu jalan kt selekoh yg xberapa nk tajam depan kedai gunting rambut dengan kelajuan kira2 50-60km/j,timbul sebuah motor yg tetiba memasuki jalan yg aku lalui tu......aku terus break emergency,namun tidak dapat mengelak dari melanggar motor tu......GEDEGANG!!!!!!!(bunyi bumper depan kete BHP melanggar motor tu) lalu penunggang motor tu tercampak (nasib baik tidak tercampak di lorong bertentangan).....aku terus menggigil........ketika  keluar dari kereta bagaikan kakiku tidak jejak ke tanah......aku berasa lega melihatkan keadaan penunggang motor tu masih mampu berdiri dan menyorong motornya ke tepi jalan.......orang ramai mengerumuni kete aku dan penunggang itu.....(nasib baik diorang sume x kerumun lama2,kalo x mesti aku stress)

Nasib baik aku bawa hp,aku terus menelefon abang,meminta abg untuk datang ke tempat kejadian.....tp belum sempat abang sampai,aku dan penunggang itu dah bertolak pulang ke rumah.....penunggang itu seorang lelaki yg lebih kurang dalam lingkungan 20an.......dia ikut aku pulang ke rumah untuk berjumpa ayah aku meminta maaf dan setelkan hal ni kat rumah aku.......Alhamdulillah,dia seorang yang bertanggungjawab......die berbincang dengan cara baik dengan mak ayah n abg aku dan mengakui kesalahannya............dia pun kata xpernah lagi la seumur hidup dia accident camni........dia mengaku yg dia agak mamai dan fikiran agk melayang td.........

Kesimpulannya,dia akan datang ke rumah aku esok untuk bawa kereta tu ke kdai dan setelkan sume...kebetulan dia pun sekampung dengan aku...dok di Jalan Hassan.....so,kalo dia melarikan diri,taula aku nak cari dia kat mane....no hp+no plat motor die pun aku dah amik......abg suruh aku amik cuti esok,tp disebabkn aku ade kursus yg aku wajib attend esok,so aku pun xmo amik cuti...kalo xde kursus tu,mungkin aku akan usahakn gak amik cuti......

Alhamdulillah....Allah masih sayangkan aku dan penunggang motorsikal tu..penunggang tu pun hanya mengalami cedera ringan (luka sikit2 je),dan  masih mampu menunggang motor lagi......mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni.........semoga dia tidak mengalami apa2 kecederaan dalaman.....ayah pun dah maafkan dia (nasi baik ayah xnaik angin)

"Ya Allah Ya Tuhanku.......lindungilah aku dari malapetaka dan bahaya...."







Melatih diri menjadi hamba yang bersyukur




Rasulullaah Saw bersabda, “Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu’min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu’min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur; dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya.” [HR. Muslim]

Saturday, April 16, 2011

First day at class

Semalam hari pertama aku masuk kelas secara rasmi.Kalau sebelum ni aku hanya replace kelas orang,tp semalam bermulalah hari pertamaku secara rasmi mengajar.Sem ni aku ajar math II part II bagi medical,pharmacy,dentistry,nursing,bio sc dan allhs students.Hari pertama kelas yang panjang tapi xterasa.Kelas semalam straight 3 jam dari 8am-11am.

Walaupun lelah semalam belum hilang disebabkan aku invigilate mid-semester exam yang menyebabkan aku sampai rumah jam 11pm,namun aku gagahkan juga pagi keesokannya (semalam) utk mengajar dengan penuh semangat dan memberikan yang terbaik buat mereka (student).

Dan hasilnya,aku berpuas hati dengan apa yang aku telah sampaikan pada mereka,Apa yang aku plan/target utk aku mengajar semalam,dapat disampaikan semuanya,Alhamdulillah.Bermula dengan tajuk 4.1 (Counting Rules),aku mengajar seperti yang aku rancang walaupun pada mulanya agak cuak berdiri dihadapan kelas untuk pertama kalinya di AX101.Seingat aku venue yang sama pada 7 tahun lepas (tahun 2004) adalah antara tempat group binding semasa taa'ruf week yang mana ketika itu aku bergelar student matrikulasi UIA Tahun 1.

Sebelum start kelas,Br Azizul datang ke kelas untuk menyerahkan tugas kepada aku secara rasminya dan memperkenalkan aku kepada students.Br Azizul berpesan pada student agar mereka memberikan kerjasama kepada aku sepertimana yang mereka berikan kepadanya.Dengan kata-kata Br Azizul tu,aku merasa lega dan aku sangat berbesar kerana dia sanggup datang ke kelas pagi tu untuk introduce aku pada students.Thanks sir!!!!!!

Counting Rules.......
Topic yang sangat aku gerun ketika pertama kali aku dapat tahu yang aku akan mengajar math II for medical students.Alhamdulillah,di atas bimbingan dan tunjuk ajar senior lecturer,aku dapat menyampaikan ilmu itu kepada students dengan baik.Exercise aku bagi pada students non-stop dan sering kali aku berpesan: "don't ever remember the formula blindly.Make sure you read the question carefully and then solve it based on your understanding".

Aku bersyukur sebab student memberikan kerjasama,datang awal,able to answer exercise given in class,follow the dress code and hopefully until the end of this semester non of them timbulkan masalah disiplin.Kelas tamat tepat jam 11am dan b4 they leave,I always remind them what they need to prepare for the next class,when is their quiz,when they have to submit their tutorials/assignment and make sure they have finish all the homework given.

Marking Mid-Sem Examination Paper
Semalam juga aku berjaya abiskan marking 150 answer script walaupun pada asalnya aku plan untuk bawa balik.Tp disebabkan aku xnak menyusahkan orang lain,aku cuba sedaya upaya untuk abiskan marking semuanya semalam sebelum aku pulang ke rumah.Bermula jam 11.30 right after abis kelas,aku start marking.Kul 6pm aku abis marking sumenya dan terus bertolak pulang.

Ptg jumaat yang indah...jam 6ptg....what do u expect?????jem yang teramat sangat.....aku stuck kat PJ sahaja sebelum turun ke federal highway selama 1/2 jam....dan stuck pula di federal higway selama 1jam stgh....aku selamat sampai ke rumah semalam jam 8pm.....2jam masa yg di ambil dr UIA-KLANG.....sampai rumah terus solat maghrib dan badan mula rasa sengal2+kaki mula lenguh2+kepala sangat sakit=sangat exhausted......

p/s:Alhamdulillah,aku selamat sampai rumah dengan selamat walaupun mata sangat mengantuk masa drive.....

Motivasi diri:
Seringkali aku merenung dan berfikir,sekiranya aku exhausted dengan kerja2 yang aku ade sekarang (invigilate exam at night,marking paper,teaching,berdepan dengan jem yang xsudah di federal highway) yang xseberapa ketika diriku masih single (belum berkeluarga),bagaimana pula dengan senior2 lecturer yang dah tentunya sudah berkeluarga,mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada beberapa orang anak samada ank kecil/dewasa????ada yang travel lebih jauh dari aku....still berdepan dengan traffic jem,dalam masa yang sama juga perlu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepadanya......ada juga yang memegang jawatan sebagai Course Leader,Academic Advisor,Course Coordinator yang tentunya bebanan kerjanya lebih berat dari aku yang setakat cikgu biasa ni.Tp mereka masih boleh memegang amanah itu dengan baik,manage masa dengan baik,dan kerja mereka semua siap on time.Dan boleh juga sampai ke office awal dan kadang2 mereka pulang lebih lewat dari aku.Pulang ke rumah pada malam hari hampir setiap hari.Mereka pulang ke rumah dalam keadaan yang letih,dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan makan minum suami dan ank2,melayan kerenah anak2,mengemas rumah yang mungkin dalam keadaan kurang tersusun,menggosok baju sekolah anak2 dan suami,dan mungkin juga menyediakan sarapan pagi pada esok harinya.

Kalo nak dibandingkan dengan diriku,bukan sahaja aku ni tidak mempunyai tanggungjawab sebesar mereka,malah pulang ke rumah dalam keadaan makan minum semua sudah tersedia,malah sarapan juga sempat mak sediakan untuk aku hampir setiap pagi.Sepatutnya aku lebih bersyukur,kerana walaupun se-exhausted mana pun aku,aku hanya masih lagi seorang anak.Tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya mungkin xsehebat/seberat mana tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu.Jadi,tidak sepatutunya aku merungut di atas keletihan yang aku lalui sejak beberapa hari ini.Kalau mereka boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik/sempurna,kenapa tidak aku?????????

Honestly,aku kagum dengan mereka (senior2 lecturer perempuan),dan aku juga kagum dengan semua wanita bekerjaya yang dapat menunaikan tanggungjawab di tempat kerja dengan baik dan tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan anak dengan baik.Dan sudah tentu orang terdekat yang aku kagumi adalah ibuku sendiri.....Thanks mak sebab mendidik dan membesarkan ela selama ni..............semoga Allah panjangkan umur mak dan semoga kita sekeluarga sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah.

-Muhasabah diri-

p/s:kepada sahabat2 atau sesiapa sahaja yang berada disekeliling aku yang membaca entry ini,sekiranya aku mula merungut dengan kesusahan/keletihan yang aku hadapi.....TOLONG INGATKAN AKU agar aku tidak lupa untuk bersyukur di atas segala nikmatNya.....sebagai manusia,seringkali aku alpa dan sebagai manusia juga aku tidak terlepas dari ujian Allah......ketika aku diberikan kesenangan aku lupa untuk bersyukur,ketika aku ditimpa kesusahan barulah mula mengingatiNya...semoga aku dijauhkan dari sifat sebegitu.............

"Ya Allah ya Tuhanku....jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur"


Ujian adalah rencah hidup;
bukan penghalang bahagia;
bukan juga derita untuk selamanya.

Ujian hidup bak tali yang regang,
pasti akan kendur atau putus juga akhirnya;
dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

Thursday, April 14, 2011

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”. 

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     

Artikel di atas dipetik dari blog Ustaz Pahrol Mat Juoi 
http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/


Wednesday, April 13, 2011

Sesat di NKVE

Semalam kononnye nak g giant shah alam lalu NKVE......ade seseorang yg rekemen aku lalu NKVE...katenye NKVE senang,xjem plak tu...aku pun terpengaruh.....

Gaya dia bg direction cam senang je and cam dekat je kalo lalu NKVE.......aku pun dengan yakin ikutla ckp dia...katenye jalannye straight je......

Aku pun straight jela smpi lah aku tersedar yang aku sesat sampai ke Damansara.....pastu apa lagi,berpusing2 la aku kat Damansara tu yg aku sendiri xpernah jejaki sebelum ni......benci!!!!!!!

Salah aku gak sebab xde pendirian....senang sgt terpengaruh dengan ckp orang dan xyakin pada diri sendiri....tp xsalahkan mintak pendapat orang lain???manela tau ia akan memberi kebaikan pada kita?????

Tp mayb kite xbole terima sebulat2nye pendapat orang tu.....kita perlu juga membuat pertimbangan sebelum apa2 keputusan dibuat......huhu.....byk yg aku pelajari dari kisah kesesatan aku ptg semalam......

Rasa cam nk nangis pun ada gak....nangis sorang2 dalam kete sambil memandu......nasib baik minyak banyak lagi.....tp sedih gak tengok meter berjalan.....perjalanan aku sepanjang aku lalu NKVE smpi tersesat ke lebuhraya GUTHRIE dr CFS alomost 60km......(perjalanan aku pergi balik kerja lalu federal highway hari2)...

Akhirnye tembus di sini tp xmasuk pun exit tu


Tol plak xpyh cakapla,double triple dari yang sepatutnye samada dari segi nilai mahupun bilangan plaza tol yg aku lalu........ntah tol mane2 ntah aku pun xtau....aku xtgk pun bp harga tol tu sbb gune T n G.....

Fuhhhhh.......dah sesat smpi ke lebuhraya Guthrie,masuk balik NKVE ingtkan dah dekat......aku rase aku dah berjalan lebih 30km time tu....tetiba nmpk signboard tulis Klang 24km.......mau xnangisnye aku kat situ......pusing2 ntah ke mana2......tensen!!!!

Time ni la rasenye alangkah bestnye ade orang kat sebelah yang boleh menenangkan aku dikala aku sesat sebegini......mungkin gak aku kategori org yg cepat panik+cepat nangis+cepat gabra+ntah ape2......xsuke2!!!!!



Tp nasib baik aku baru beli CD kompilasi lagu2 hijjaz......at least xdela bohsan sesat sorang.....sambil tgk2 jalan+sedih+gabra.....sambil aku karok sorang2 dalam kete tu......huhu.......

CD peneman di kala duka

Akhirnye selepas hampir 1 jam aku tersesat akhirnye aku sampai jugak ke Bukit Raja......ingtkan dah xsesat lg,rupenye signboard bukit raja tu adalah ke kawasan perindustrian Bukit Raja.....so sesat lagi la tu!!!!!

Pusing balik wat u-turn n aku aku ikut signboard ke i-City.....akhirnye jumpe gak Jaya Jusco Bukit Raja disebelah kananku.......then terus je ke bandar klang dan terus mesej kak long nak bercerita pd kak long psl kisah kesesatan aku......

Kak long komen:"ish ko ni,xabis2 sesat.....bile la nak berubah?????"huhu.......die mmg paham sgt adik die sorg ni kerap sgt sesat dan setiap kalo sesat sorang2 mesti nak nangis dalam kete........

Apapun,ini lah pengajaran buat aku......jauh pemandangan luas pengetahuan......bila benda ni jadi aku rskan yang aku ni seorang yg independent.......xperlu bergantung pada orang lain lagi.....cari solution sendiri......berusaha tanpa jemu.........cuma 1 sikap yg aku xbole nk ubah lagi ialah aku akn nangis setiap kali aku sesat........dalam nagis2 tu pun Alhamdulillah akhirnye jumpe gak jalan keluar dan kebali ke pangkal jalan......

p/s:at last,aku xg pun giant s.alam tu.......smpi klang dah pukul 6 lebih,disebabkan aku tembus di bukit raja,so aku pun malas la nk berpatah balik plk ke s.alam......lgpun dah xde mood....ms tu aku pk xsabar nk menceritakan kesesatan yang nyata ni pada k.long je......mayb ptg ni baru nk g giant s.alam tu melalui jalan biasa,federal highway....xmo dah dengar ckp org....aku kene yakin dgn diri aku sendiri.....(mode:semangat berkobar2)

Wednesday, April 6, 2011

Ku dambakan kebahagiaan........

"Untuk beroleh bahagia seseorang itu perlu belajar untuk merasa bahagia dan gembira dengan dirinya sendiri, tanpa campur tangan pihak lain. Dengan itu, barulah seseorang itu dapat mengatasi dan menghadapi rasa takut apabila tiba saatnya dia ditinggalkan berseorangan"


Tuesday, April 5, 2011

Quiz 5 & Tutorial 5

Next week InsyaAllah aku mula take over class Br Azizul yg bole aku gelar sbg mentorku......

Selesai taip soalan quiz 5 dan telah pun disemak oleh Br Azizul.........

Soalan tutorial 5 telah aku siapkan sejak 2 minggu lepas......cume belum try jawab.....
Tadi try jawab,rupenye ada banyak kesalahan dan soalan yg tidak sesuai disitu.......

Sekarang ni aku masih dalam usaha meng'edit' soalan tutorial 5.......

Perasaan berdebar mula menyelubungi diri ini.....

Entah kenapa tetiba aku rase masa sangat pantas berlalu.........

Diam tak diam aku hanya ada seminggu je lagi.......

Semoga segalanya dipermudahkan.............

Thanks a lot to my mentor sebab banyak bagi tunjuk ajar td........

Monday, April 4, 2011

Perjalanan ke Bukit Changgang

Alhamdulillah......sampai gak hajat aku untuk ke walimah Nazri&Era yang diadakan semalam....

Plan asalnye syida,asma' ikut skali....dan aku gak berharap rose dapat pergi.....

Tp rose terpksa bekerja semalam....

Asma' pulak kurang sihat,dan syida plak last minute tetiba ada family matter......

Akhirnye,yg pergi skali dengan aku cuma Rashid & Wan.....

Sbg manusia,kita hanya mampu merancang.....Allah yg akan menentukan segalanya.....

Bertolak dari Klang jam 10.40pg dan sampai ke destinasi lebih kurang 12.30 setelah sesat.....

Nasib baik shu tau jalan,dia + tunangnya yang banyak tolong bagi direction dan menjemput kami di Petronas xjauh dr umah Nazri.....

Sampai je di rumah Nazri,masing2 dah kelaparan.......hampir tertinggal hadiah dalam kete sbb excited nk menjamu selera esp Rashid....hehe

Alhamdulillah,banyak sangat lauk smpai xtau nk pilih yang mane.....rs cam nak amik sume.......

Lauk memang best2.........terbaik punye!!!!!!thanks Nazri & Era sbb sudi menjemput kami......

Sampai gak akhirnye kawan2 Nazri ke rumah Nazri yang dianggap xpernah dikunjungi kawan2nye esp kawan2 SAMTH.......

Suasana kampung yang sangat aman,nyaman+tenteram......

Kalo ikutkan aku nak lepak lame borak2 dengan pengantin....tp wan ada nak g kenduri lain......

Xpela era ek???kite borak2 next time.......tunggu ko wat 3rd reunion bertempat di Bukit Changgang plak....

Bertolak balik dari umah Nazri lebih kurang kul 2ptg.......sempat gakla berposing sakan bawah mentari yang terik......(xpernah jumpe pasangan yg sporting camtu...sanggup bergambar tgh2 panas smpi berpeluh2)

Thanks Nazri&Era sbb sudi melayan kerenah kitaorg yg giler2 ni.....esp eton+odah.....

Pasangan pengantin paling sempoi+plg sporting+plg ceria aku pnh jumpe
Nak gak bergambar even pengantin belum abis makan.....hehe








Berteduh sebentar mengelap peluh......


Rashid amik berkat