Tuesday, April 24, 2012

Iftar & Solat Hajat 1 (G119)

Alhamdulillah......seperti yg dirancang,majlis iftar & solat hajat telah berjalan dengan lancar semalam.
Seperti biase,tempat yg menjadi pilihan di hati ialah SMWP 3......
Majlis bermula dengan bacaan ma'thurat pada jam 6.45 & berakhir dengan sesi fotografi sehingga jam 10.00pm.....
Posing dulu b4 belah tembikai tu =)


Committee bancuh air


Pandai student2 aku ni potong kek...khusyuk plak tu

Committee potong kek

Committee potong tembikai


Committee tikar

Bacaan Ma'thurat kat kelas sebelah


Si pencinta ais.....hihihi
Majlis berjalan seperti yg dirancang.....cuma utk solat maghrib,kami berjemaah bersama anak2 negeri terengganu yg kebetulan buat iftar di dataran SMWP 3....



Selepas selesai solat maghrib,kami iftar utk kali ke-2 plak.....
Menunya nasi tomato.....nyum nyum......
Ketika sedang menikmati nasi tomato,aku yg kebetulan duduk betul2 tepi pintu S3001 dikejutkan dengan ketukan pintu yg sgt kuat.....cam nk pecah pun ade gak pintu dibuatnya.......mmg scary cara pintu tu diketuk......tetiba........tara!!!!!!!!!!
Beberapa org student bersama sebiji kek menghampiri........SURPRISE!!!!!!!!!!
Speehless sekejap........perasaan bercampur baur (takut+terharu)......rasa takut td xhabis lagi tetiba ade kek depan mata tertulis:"THANK YOU MISS SUHAILA,WE LOVE YOU"......terharu dibuatnya.......






Selepas semua org kekenyangan,majlis diteruskan dengan solat isya' & bacaan yassin.............selepas itu sambung lagi makan.......hehe......
Then agenda yg terakhir ialah sesi fotografi.......inilah masalah kamera zaman skrg.....xguna kodak,so xtau bila nk berenti amik gambar......selagi xletih selagi tu lah xberhenti......



Malam td sgt glamour......mengalahkan artis.....




Hadiah dari students......sangat2 suka....cam tau2 je madam die suke baju corak2 gitu & kaler gitu =) 
To all G119:
Terima kasih atas segalanya.......satu lagi kenangan manis telah terpahat dlm ingatan saya.....sayang awak semua kerana Allah........

Friday, April 20, 2012

BIASA vs LUAR BIASA

Kadang-kadang guru hanya terkejar-kejar utk menghabiskan sukatan pelajaran,memastikan para pelajar lulus dalam peperiksaan serta mengekalkan prestasi sekolah tanpa mengambil kira prestasi adab dan akhlak pelajar mereka.
Perlukah kita menyerahkan tugas menerapkan adab dan akhlak ini kepada ustaz dan ustazah sahaja?
Semua ilmu itu datang daripada Allah,bersifat murni dan sarat dengan nilai. Sekiranya kita mengambil sedikit inisiatif utk prihatin terhadap nilai2 yg boleh disepadukan dengan isi pelajaran,ini tentu akan menjadikan pengajaran kita lebih bermakna dan mempunyai nilai tambah.Itulah yang membezakan antara guru biasa dan luar biasa.
Contohnya guru sedang mengajar mengenai hormon. Mengikut perspektif sains,hormon ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh sistem endokrin dan mempunyai kesan atas kegiatan organ-organ lain. Ia perlu dirembeskan dalam kuantiti yang secukupnya,tidak boleh terlebih atau terkurang sedikit pun.Jika tidak,koordinasi kimia dalam badan akan terganggu.
Selain mengemukakan teori sains dan fakta berkaitan,lebih baik sekiranya guru itu mampu mencetuskankefahaman,kesedaran dan keyakinan dalam diri pelajar dengan mengemukakan soalan2 seperti:
  • Siapakah yang mengatur semua ini?
  • Berapa banyak tugas yang perlu dilakukan oleh hormon ini?
  • Bagaimana sekiranya hormon ini leka dalam tugasnya?
Soalan seumpama ini atau apa2 sahaja soalan yg berkaitan perlu membawa pelajar sedar betapa keagungan Allah sebagai Pencipta,sekali gus mendekatkan diri kepada-Nya.

ARKITEK MEMBINA BANGUNAN,
JURUTERA MEMBINA JAMBATAN,
GURU MEMBINA GENERASI...........

-Di petik daripada ruangan article mendidik pendidik yang ditulis dalam majalah SOLUSI isu 43 oleh DR HJH NIK ZAHARAH NIK YAACOB yang bertajuk KENAPA JADI GURU?-

Aku ingin menjadi seorang guru yang luar biasa...............


Thanks Princess

Harini dapat sebekas kurma dari mekah pemberian sorang student yg aku ajar last sem......
Alhamdulillah.....walaupun xdpt makan kurma utk program iftar nextweek ,dapat gak
merasa makan kurma pemberian student ni.....
Thanks Nadhirah a.k.a Princess..............

Thursday, April 12, 2012

Teacher vs student

Semester III,2011/2012 bakal melabuhkan tirainye......
Pejam celik pejam celik semester III hanya berbaki lg 2 minggu......
Terlalu banyak kenangan bersama mereka yg tidak mungkin dilupakan sehingga akhir hayatku.....
Apa yang pasti,aku akan merindui saat & ketika itu........
Yang paling tidak akan dilupakan mestilah tazkirah session.......
Pelbagai cerita2,kisah teladan,lakonan semula,nasihat,tips2 yg berguna & juga pengalaman hidup yg pernah mereka lalui diceritakan ketika tazkirah session.....
Yang mana,mostly bila terpandang wajah mereka automatically akan teringat apakah cerita yg dikongsikan ketika tazkirah session.......
Sehingga saat entry ini ditulis,ketiga-tiga group yg aku ajar semeseter ini telahpun rotate 1 pusingan.....
bermakna ada beberapa orang yg merasa utk bercakap 2x di hadapan kelas.....
Kalo kelas 1 jam,cerita2 sahaja telah mengambil masa 30min....... kadang2 confius gak,student2 tu balik kelas dapat x apa yg aku ajar, atau hanya cerita2/kisah dongeng aku shj yang berada difikiran.....(bahaya gak tu)pasni cam kene kurangkan sikit kisah2 dongeng tu......hopefully mereka dapat kedua2nya.......
Cuma kalo kisah2 dongeng/yang aku mengarut tu,harapnya xdelah melekat dalam fikiran mereka........

Tinggal lagi 1 chapter utk dihabiskan.....InsyaAllah,by 24/4 atau lebih awal dari itu syllabus dapat dihabiskan.......
Semoga hajatku utk mengadakan iftar & solat hajat bersama mereka tercapai pada 23/4 & 26/4 ni.....

Monday, April 9, 2012

Sijil BTMC

Harini aku dapat surat "Completion of the Basic Teaching Methodology Course (BTMC)" dari CPD (Centre for Professional Development).So secara rasminya aku dah passed BTMC yg mana cover Teaching Practicum.
Dan dalam surat tu jugak disertakan sijil......seronoknya dah dapat complete BTMC especially bila kita rasa kita telah wat yg terbaik sepanjang 2 observation oleh mentor.

Semoga aku dapat manfaatkan segala skill & ilmu yg telah dipelajari sepanjang 3 stage BTMC ni utk meningkatkan prestasi demi kebaikan pelajar2 di CFS khasnya dan demi pembangunan ummah umumnya.



Thursday, April 5, 2012

Manusia itu lemah

Petikan dari kata2 Ustaz Pahrol dlm slot Mukmin Profesional di IKIM:

Manusia itu hakikatnya lemah......di mulai hidupnye dengan tangisan (ketika dilahirkan menangis),di celahi hidupnya dengan tangisan (disebabkan oleh dugaan hidup) dan di akhiri hidupnye juga dengan tangisan (di hantar ke kubur)

Dan aku kini di dalam fasa yang kedua......"Di celahi hidup dengan tangisan"

Semoga aku terus diberi kekuatan & ketabahan dalam menghadapi hari 2 mendatang..............

"Jangan dipinta hidup yang mudah,pintalah hati yang tabah"

"Don't ask Allah to make your life easier,ask HIM to make you become a stronger person"

(Terjumpe kata2 ni masa tgh jalan2 kt tepi central spine CFS)


Wednesday, April 4, 2012

Badan letih otak tidak dapat berfungsi dengan baik

Bila badan letih,otak takkan dapat berfungsi dengan baik.......
Taktaulah ini fakta atau auta......tp setahu aku ini fakta.........
Siap ada pepatah lagi yang mengatakan:

"Otak yang CERDAS datangnya daripada badan yang CERGAS/SIHAT"

Mana mungkin seseorang yang badannya letih & penat dapat menggunakan otaknya seoptimum mungkin.....
Pasni kene tanya kawan2 aku yang dalam medical field la agaknya.......disebabkan xpernag belajar bio...(alasan je tu,padahal bole je dpt info2 dari internet,buku etc)
Tp bagi aku,aku lagi suka mendengar explaination daripada membaca esp dalam hal2 yg berkaitan dengan kesihatan ni.........itulah hikmahnya KOS (Kuliyyah of Science) dipindahkan ke kuantan...........
Aku kenal ramai kawan2 dari kos medic,allhs,pharmacy etc......

So bile masing2 dah bekerja barulah rasa betapa pentingnya mempunyai kawan2 dari bidang yang berbeza....kalo setakat kawan dgn bdk math je,xberkembang langsung kot........asal jumpe je,citer pasal dah siap assignment ke belum?dah hafal formula?camne nk prove soalan yg Prof bagi td? (hanya meneyenaraikan beberapa sahaja)
Tp bila dah kawan dengan bdk2 medic & diet ni,setiap kali jumpe diorang aku akan tanya soalan2 yg berkaitan dengan kesihatan......cthnye:aku minum nescafe tiap2 malam,ape je ek side effectnye?aku slalu sakit kepala setiap kali nk exam @ quiz,apa masalahnya ek?(haha,yg ni aku reka je)




Dah lari topik plak.....sebenarnye juz nak citer minggu ni minggu yang sangat meletihkan.....act bukan minggu ni je,sejak 3 minggu yang lepas.
3 minggu berturut2 ada test.......3 paper telah berlalu,tinggal lagi 1 paper, Robust Statistics (Statistik Teguh)
Dah 3 hari berturut2 dalam minggu ni balik malam,rs xdaya dah.........smpaikan ngantuk time drive,terpaksa cubit2 pipi sendiri supaya x tertidur.......Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur......selamat sampai ke rumah.......sampai rumah dah xde tenaga dah.......duduk rehat2 depan tv xsmpi 5 min,akhirnye tv yg tengok aku sampailah keesokan paginya.......

Disebabkan itu aku terpaksa ambil cuti setiap hari jumaat setiap kali ada test utk study.24 jam masa yang ada digunakan sepenuhnya utk study.....kalo xphm,kak af lah tempat rujuk aku.......hopefully test minggu ni dapat di jawab dengan jayanya compared to the past 3 papers.

P/s: Tak lupa juga to all my students yang bakal mengambil quiz 4 malam ni,all the best to you guys!Rabbi Yassir Wala Tu'assir
Soalan xsusah,InsyaAllah awak semua boleh jawab malam ni...=)