Wednesday, August 17, 2011

Warna warni kehidupan sebagai seorang cikgu 1

Alhamdulillah sudah masuk 10 minggu semester ini ini bermula dan hampir ke penghujungnya....hanya berbaki 4 minggu utk berakhir.....dalam tempoh ini pelbagai suka dan duka yang aku lalui....pelbagai pengalaman baru yang aku timba sepanjang semester ini......agak berbeza dengan semester lalu yang mana aku hanya laluinye selama 4 minggu.....

Aku diuji dengan pelbagai ragam student remaja yang boleh dikatakan masih ke'anak2'an.....mereka sedang belajar untuk mengadaptasikan diri mereka dengan keadaan sekeliling.....kesibukan yang melanda diri mereka mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan mereka memberontak......kalau dulu zaman sekolah tidak pernah se'stress' ini (assignment,tutorial,kelas dari 8pg-6pm,lab report,group discussion,quiz,tutorial test,exam,test etc),tp bila masuk ke fasa ini (matriculation level) mereka agak culture shock.....ini apa yang aku dapat lihat dan rasakan dari pandangan mata kasar aku atau dari sudut sebagai seorang cikgu.....

Sebagai cikgu,aku cuba memahami situasi mereka.......cuba bersabar dengan kerenah dan ragam mereka....mungkin sedikit sebanyak aku memahami situasi mereka kerana aku pernah lalui zaman itu suatu ketika dahulu (tahun 2004-2006).....33 contact hour/week dalam 1 semester mmg meletihkan dan men'stress'kan fikiran.....kalo seseorang tidak pandai manage masa 24 jam/day yang Allah bagi itu mmg boleh "sakit" dan boleh membawa kepada banyak kesan buruk dalam diri.....

Aku seringkali mendengar rungutan student2 aku mengenai kesibukan yang melanda diri mereka......selepas mereka mendapat result Quiz 1 mathematics,aku memanggil one by one student aku yang fail....aku mengajar 3 group...ade group yang 2 failure,7 failure dan yang paling ramai 11 failure.....aku terpaksa meminta mereka datang ke bilikku jam 6-6.30pm weekdays (after ofis hr) sebab kesibukan mereka.Ada yang aku terpaksa jumpa jam 1-2pm (lunch time).....aku terpaksa sebab itu je masa yang mereka free since kelas mereka straight 8am-6pm non-stop every day except lunch hour......

Tujuannye adalah utk cuba mengetahui penyebab mereka tidak perform dan memberi kesedaran pada mereka betapa pentingnya subjek mathematics as an engineering and physical science students.Dan hasilnya Alhamdulillah,aku dapat mengurangkan failure dalam midsemester exam.Daripada 20 orang yang fail dalam quiz 1,hanya 4 orang sahaja yang fail dalam midsem overall 3 group yang aku ajar.Berapa ramai yang fail/berapa ramai yang dapat A is not a big deal.The most important thing is aku nampak improvement dalam diri mereka.20 orang yang fail masa quiz 1,sumenye lulus in fact ade yang dapat B+ dalam midsemester exam.

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah,they are not weak,each of them have potential to success.They can do it.....some of them admit that they are lazy.....aku percaya yang terpilih utk masuk ke CFS ini adalah dikalangan mereka yang bijak pandai.Cuma seperti apa yang aku katakan di atas,they need time to adapt with the new environment,new teaching style of teacher,new friends and so forth.What the most important thing they need is MOTIVATION.It is either from their friends,teacher or advisor.But for me,orang yang paling rapat dengan mereka selain kawan2 adalah cikgu/lecturer mereka.So,cikgu adalah orang yang paling sesuai utk memberi MOTIVATION pada mereka sebab cikgu jumpe mereka 5 hr/week or 6hr/week.....

Aku secara peribadi mempunyai cara/teaching style aku yang tersendiri.......how to handle student at the age 18-19 should be different with student at the age 10-12.....that one is a fact.....sometimes,we do not need to "membebel" to much in order to ensure they will perform it quizzess/examination.And we do not need to scold them to much when they are not perform/sleep in class/come late etc.......psychologically,remaja tidak suke dimarahi......mereka akan lebih memberontak jika kita memarahi mereka.Sejak balik dari BTMC (kursus yang aku hadiri di UIA Gombak pada bulan lepas),aku tidak pernah memarahi students.Apa yang aku buat,adalah aku menggunakan cara psychology utk menegur kesalahan mereka dan menasihati mereka dengan cara yang berhikmah dan yang paling penting aku menegur mereka not as a teacher,but as a sister to them............aku anggap mereka seperti adik2 aku sendiri.......



To be continue.....

Tuesday, August 2, 2011

Hadiah 1 Ramadhan

Alhamdulillah.......aku telah mendapat tawaran kemasukan pengajian siswazah-Semester 1,2011/2012 (Program:Master Applied Statistics) di UPM......antara IPTA yg aku pernah idam2kan utk masuk suatu ketika dulu......

Aku mendapat berita ni pada 1 Ramadhan & aku consider ia sebagai antara hadiah yang paling bermakna yg aku dapat sepanjang hayatku.....xpernah terlintas/terfikir utk menyambung pengajian ketika aku masih undergraduate.......tp sejak mengajar di CFS,aku mula berazam utk sambung pengajian selagi mana aku mampu...& Alhamdulillah berkat sokongan & doa orang2 sekelilingku,akhirnye aku dapat tawaran ini...

Aku sempat berkongsi kegembiraan ini dengan salah seorang rakan sekerja aku di CFS yg pernah ada experience part time as a student dlm bidang yg sama juga di UPM.....sedikit sebanyak aku dapat mengambil iktibar & pengajaran darinye......antara yg senior tu nasihatkan aku:

"Ella kene betul2 ready mentally & physically kalau keje sambil belajar ni,kene pandai manage masa,pastikan badan mendapat rehat yg mencukupi supaya otak boleh berfungsi dengan baik.....marking,prepare soalan,assignment,quiz,lecture notes,study etc sume ni ella kene pandai manage & pastikan sume keje settle pada waktu yg sepatutnye.....jgn sampai sibuk study smpai prestasi keje menurun"

Itu antara nasihat salah seorang senior di Department Mathematics.InsyaAllah aku akan cuba manage masa sebaik mungkin supaya prestasi kerja directly proportional to prestasi study aku which is approach to positive infinity.....(ayat org math)

Doaku semoga Allah berikanku ketabahan & kekuatan dalam mengahapi ujian mendatang.....kepada rakan2 yg membaca post ini,ku mohon doa kalian jua....doakanlah yang terbaik buat diriku....Allah berfirman yang bermaksud:

"Barangkali kamu membenci sesuatu,tetapi ia baik buat kamu,barangkali kamu menyukai sesuatu,tetapi ia buruk buat kamu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Monday, July 11, 2011

Mereka sangat tabah

Alhamdulillah,hajat aku utk menziarahi kubur arwah & berjumpa dengan family arwah tercapai minggu lepas.....thanks pada adik2 yg aku sayang,ikhwan & khairi,,,,mereka berdua yg bawa aku,ilman & farhanah ke kubur arwah....

Kami membaca yasin & tahlil depan kubur arwah......arwah disemadikan di tanah perkuburan bukit kuin,tempat arwah dilahirkan.....kami tiba di sana lebih kurang jam 11.30pg....ketika membacakan yasin,aku cuba mengawal air mata dari terus menitis....sungguh,pengorbanan & jasa baik arwah pada aku membuatkan aku teringat lagi pada arwah hingga hari ini.....

Petang tu aku sempat berkunjung ke rumah keluarga arwah,berjumpe dengan mak ayah,kakak&adik2 arwah....sedikit sebanyak mak & kakak arwah ade menceritakan sedikit mengenai arwah tanpa aku bertanya.....

 Jelas terpancar di wajah mereka ketabahan dalam menghadapi dugaan yg Allah berikan ke atas mereka...sepanjang bercerita dengan aku mengenai arwah,tidak sedikit pun mak & kakak arwah menitiskan air mata.....mereka redha dengan pemergian arwah.....ayat yg sering mak arwah ulang2:
"Allah dah susun molek semuanya,dah ditakdirkan arwah pergi dulu,walau apa cara sekalipun sebagai manusia kita tidak dapat melawan takdirNya"

Melihatkan wajah mak arwah,aku cuba menahan air mata dari menitis walaupun hakikatnye aku sangat sedih......hanya Allah yang tahu betapa sukarnya utk aku menahan air mata ini menitis depan ibunya sendiri yang mengandungkan arwah selama 9 bulan......aku sangat kagum......

Semoga Allah terus berikan kekuatan pada seluruh family arwah Amierul Hakim.........

"Al-Fatihah buat arwah Amierul Hakim......semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 beriman"

Sunday, July 3, 2011

Sesekali diuji

Sesekali DiUji

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Mode: Bersabar dengan kerenah student yg pelbagai sem ni.....

Wednesday, June 29, 2011

Kekayaan Sebenar...................

Kekayaan sebenar buat kita adalah melalui apa yang kira rasakan terhadap hidup kita. Ia bukanlah sesuatu yang kita ada atau sesuatu yang kita punyai. Hakikatnya, tiada apa milik kita dan tiada apa yang kita punya melainkan semunya adalah milik Allah. Oleh itu, belajarlah untuk redha dan menerima apa sahaja yang disediakan Allah untuk kita.

Friday, June 24, 2011

Semangat semangat semangat!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang pergi tetap akan pergi.....kita yang masih hidup di dunia yang fana ini perlu teruskan hidup dan terus menunaikan tanggungjawab/amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.........

Amierul Hakim........

Walaupun awak dah xde,semangat awak tetap ada dalam diri akak dan ingatan akk pada awak xkan pudar hingga hujung nyawa.....InsyaAllah........kata2 semangat/nasihat awak pada akak sentiasa terngiang2 di telinga akk.........akak percaya,semua yang mengenali diri awak merasai perkara yang sama......perginya awak dari dunia ini ibarat hilangnya sebuah permata yang sukar dicari ganti...........semoga kami semua diberi kekuatan utk teruskan hidup ini tanpa awak disisi.............

___________________________________________________________________________________

Sepanjang minggu ni badan terasa letih yang amat sangat,kelas pg-10pm.....stiap hari smpi rumah kul 10.30pm ke atas......cuba mencari semngat baru setelah seminggu pemergian arwah......cuba menyibukkan diri dengan join program dihujung minggu dan wat extra2 class..........

Semalam,mase kelas 2-4 momentum kureng sikit.....adela kot student yg perasan sbb malam tu jumpe student yg sama......so,suasana kelas malam tu dgn kelas ptg semalam sgt kontra......mayb sebab terlalu letih.........tetiba rasa bersalah dgn student,even aku sendiri xpuas ati dengan cara penyampaian/prestasi diri sendiri masa kelas ptg semalam......so,aku plan utk ulang sikit ape yg aku dah ajr next class......

Arini kelas 9-10am tetiba dapat semangat baru.....semngat yang dtgnye dari student dalam kelas td yg semangat nk belajar pagi ni.......Alhamdulillah........semoga mereka terus bersemangat smpi bila2......

Friday, June 17, 2011

Kau PELAJARKU,kau ADIKKU........

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau PELAJARKU,kau ADIKKU.....