Tuesday, January 10, 2012

Final Exam

Sabtu lepas 1st paper final exam aku.....rsnye cam dah lama sgt x amik exam......rs cuak+gementar+takut semua ada........perasaan tu normal cuma org ckp kalo terlebih akan membawa padah....or kalo xde perasaan lgsung,xnormal plak.....

Lastweek aku amik cuti 2 hari (kamis+jumaat) semata2 utk prepare utk 2 paper tu....wpun ade department meeting jumaat tu,nsb baik HOD baik hati.....beliau luluskan jgk cuti aku....

Aku g umah kak aff cam biasa,ptg jumaat,gerak dr umah dlm kul 2.30pm....dlm kul 5.30pm,aku dapat call dr ikhwan.....(one of the adik kesayangan aku yg aku kenal ms kt ktn dulu)

Borak agk lama kt phone......adela dlm 20-30min.......mmg dah lama sgt kami xcontact walaupun kami satu tmpt belajar......last jumpe time aku 1st day msuk kelas master,then aku nk final exam,br kitaorg contact balik.....

Tetiba dalam kul 7 lebih aku dapat mesej dari Ikhwan yg membuatkan aku sgt2 terharu sampai nk menitiskan air mata.....

"Akak,lupa nak ckp...mmg sy mcm jarang contact akk tp saya selalu care akk tanpa sedar....saya slalu usya akk kt fb...betol....sy slalu nmpak akk kne tag kt gambar2 kawin kawan2 akk...huhu...sy doa gak utk akk semoga cepat bertemu jodoh..akak,kalo da ada bgtau saya tau..nak jd antara adik2 akk yg tau awal hal tu...heeee...syg akak...good luck exam esok n lusa...do the best n the rest to Allah...=)"

Mmg terharu sgt2 smpaikan speechless aku dibuatnya....aku bersyukur sgt Allah temukan aku dengan mereka semua.....hidup aku penuh dengan kegembiraan sejak kenal mereka semua.....

Semoga Allah panjangkan umur mereka & sentiasa lindungi mereka di bawah rahmatNya.....

Friday, January 6, 2012

Need to manage time wisely

So many things to do nextweek (after final exam design & qc)....
Checklist:
1.Notes for revision class SHE 1114.....
2.Study for survey sampling final exam.....
3.Ready for 1st class SHF1124 (dah lama siapakan lecture notes tu,so dah lupa sikit2...kene revise balik)
4.Prepare attendence sheet,photostat course outline & notes for students
5.Isi APAR

Banyaknya benda nk kene setel by nextweek....risau xmampu nk setelkan....
Td baru cek list name student utk group yg aku ajar.....
Mostly dentistry,medic & pharm students......
And setakat ni bilangan bro 8 only out of 75......
Sangat kontra dengan sem lepas.......
Tp standardla tu kalo ajar SHF 1124.......
Sebenarnya agak cuak bila ajar student dari critical course ni.....
Tak taulah kenapa.....mayb sbb zaman belajar dulu rs kerdil sgt compared to bdk2 medic & pharm (zaman aku dulu belum ada lg kos entistry)
So perasaan tu terbawak2 smpailah aku dah bekerjaya ni.....
Semoga Allah permudahkan segala urusanku......






p/s:Perasaan cuak & gementar utk memulakan Sem III,2011/2012 yg hanya lg 5 hr ni lebih lg dr perasaan cuak nk final exam utk esok & lusa....xtahulah kenapa....mayb sbb aku rs aku xreally prepared for lecture......
apapun,semoga semuanya berjalan dgn lancar.....


Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru,umur baru

Aku terpanggil utk bercakap psl umur bila terbaca status pada fb seorang kawan yg berbunyi:

"bila tahun baru umur kita makin meningkat,xbestla mcm ni...."

Sebelum aku bercakap panjang tentang hal ini,ingin aku tegaskan di sini bahawasanya apa yg aku tuliskan di sini hanyalah sebuah perkongsian juga pendapat aku berdasarkan pembacaan artikel2,majalah2 & buku2 ilmiah.....
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kita semua dalam menjalani kehidupan di dunia yang hanya bersifat sementara ini.........

Dah tentunya bila timbul tahun baru,umur kita akan meningkat.....xkesahla berdasarkah tahun hijrah mahupun masihi.....xpernah plak aku dengar ada org umurnya makin menurun bila tahun baru.....mathematically,YEAR directly proportional to  AGE......(orang math kalo xsentuh psl math xsah....hehehe)

Aku kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan "xbest" dlm status di atas......bukankah kita selalu berdoa agar Allah panjangkan umur kita????boleh dikatakan at least sthn sekali kita akan berdoa semoga Allah panjangkan umur kita ketika kita menyambut hari kelahiran....betul x???itu at least......xpernah plak aku dengar bila seseorang tu menyambut hari kelahiran dia berdoa agar dipendekkan umur....tp xtahulah kalo ada org mcm tu....Allahu'alam......

 Kalo bukan kita yg berdoa pun,pasti ada orang lain yg mendoakan kita agar kita dipanjangkan umur.....disebabkan sekarang zaman teknologi,orang boleh bg ucapan pd hari kelahirang kita di fb & semua orang bole baca.....bole dikatakan dalam beratus2/beribu2 orang yg bg ucapan  tu confirm ada yg bg ucapan:
"Semoga dipanjangkan umur......"

Jadi,kenapa perlu ada word "xbestla"????bukankan bila bertambahnya umur kita itu merupakan satu nikmat yg tidak terhingga daripada Allah?Allah dah makbulkan doa kita & doa sahabat2 kita.......sepatutnya sebagai hamba kita perlu mengucapkan rasa SYUKUR & bukan sebaliknya.......

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan tambah(nikmat),jika kamu kufur(nikmatKu),sesungguhnya azabKu amat pedih" 
(Surah Ibrahim:7)

Bila bertambahnya umur kita bermakna Allah memberikan kita lagi peluang utk melakukan amal soleh sebagai bekalan di akhirat yang kekal abadi juga sebagai peluang untuk kita menyesali atas dosa2 lalu serta bertaubat.....

"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri"
(Surah Al-Baqarah:222)

"Perkara yang sangat kukesali bila masa berlalu adalah umurku semakin meningkat, namun amalanku tidak juga bertambah." 
-Ibnu Mas'ud rahimahullahi taala-
 
Aku percaya ada sebab2 tertentu kenapa timbulnya rasa "xbest" dlm diri seseorang itu bila meningkatnya umur.Kemungkinan besar ada beberapa impian & harapan pada tahun lepas yg masih belum dikecapi.
Seperti impian untuk memiliki rumah,kereta,kerjaya yg stabil,sambung belajar,cemerlang dalam akademik (mencapai cgpa tertentu),mendapat anugerah pekerja cemerlang,anugerah pelajar cemerlang dan mendirikan rumahtangga.

Apapun sebab yang menimbulkan rasa "xbest" itu,percayalah bahawa apa yang telah Allah tentukan utk kita adalah yang terbaik walaupun sebaliknya pada pandangan mata kita yg terhad ini.

"Kita tidak mengetahui apa yang terbaik utk diri kia sendiri.Kita hanya penerima,kita bukan Pemberi.Yg memberi ialah Allah,dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya utk kita adalah yang baik belaka.Namun,akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit,pedih & sakit.Mahunya yang manis2 sahaja.Apatah lagi nafsu...ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya"
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Apa yang paling penting,jangan pernah berhenti berharap padaNya.Teruskanlah berusaha.Jangan dirisaukan natijah.Yang kita perlu risaukan adalah usaha.Insya-Allah,selepas usaha segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik.

"Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)


Kadang2 kita tidak sedar tentang apa yg kita katakan atau tuliskan itu telah menyebabkan kita tergolong dalam golongan orang yg kufur akan nikmatNya.Sebab itulah kita disuruh berkawan dengan orang2 yang baik yang boleh menegur akan kesalahan kita & sentiasa berusaha mencari ilmu.

Aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan & dosa.Sentiasa memerlukan orang sekeliling,sahabat2,ahli keluarga utk sentiasa menegur setiap kesalahan & dosa yang aku lakukan tanpa sedar.Aku sedang cuba utk memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik dari semalam dan dlm masa yang sama cuba utk mengajak orang lain juga melakukan kebaikan.Xsalah kan?

Sekian.....
















Sunday, January 1, 2012

Pembuka hari tahun 2012

Tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.....
Kini 2012 dtg bertandang......terlalu banyak peristiwa yg berlaku sepanjang thun 2011....

Recap tahun 2011:
January:
Aku mula berkhidmat di Centre for Foundation Studies,IIUM PJ Campus
Dah tentulah ini antara kenangan manis dalam hidup aku......
Tempat aku menuntut ilmu selama 2 thn menjadi tmpt aku berkhidmat selepas 6 thn aku grad dr matrik





March:
Akhirnya aku decide utk memiliki kereta sendiri setelah lebih kurang 3 bulan berfikir panjang....


1st pic after kete kuar dr toyota.....sbb tu cam kilat lg....hehe


April:
Aku start mengajar 1st batch student di CFS.....
1st time mengajar terus kene ajar math II,for medical student plak tu....
Mostly 1 yr program medical student yg mmg bijak2 belaka......
Kenangan yg sangat manis dan act mereka banyak membantu aku dlm kelas.....
Mereka sangat sporting & happening......
Love them so much.....

sweet memory with group 5 SHF 1124 (after final exam)


Menghadiri TIDE (Taa'ruf Intellectual Discourse) di IIUM Gombak...
1st kursus yg aku attend sejak bergelar staff UIA....

June:
1st time mengajar math I for engin & physc student.....(1st year 1 sem student)
Sangat banyak kenangan bersama mereka......
3 group yg aku ajar.......ketiga2nya mempunyai kenangan yg tersendri.....

G164 SEM 1,2011/2012

G166 SEM 1,2011/2012

G165 SEM 1,2011/2012


July:
Menghadiri BTMC (Basic Teaching Methodology Course) di IIUM Gombak....
Terlalu banyak ilmu baru yg dipelajari......
Mainly sbg persiapan to become a good educators.....
Berkursus bersama prof2 & Dr memberi 1001 perasaan yg tentunya berbeza....
Terasa diri ini kerdil & xlayak berada dikalangan mereka disebabkan kecetekan ilmu.....

BTMC at IIUM Gombak


August:
Dapat tawaran sambung master di UPM & UM dlm bidang statistik....
Walaupun UM dekat dgn CFS,aku still decide utk sambung di UPM.....
Keputusan utk sambung master bru je aku decide awal thn ni....
Benda yg xpernah lgsung aku terpk selepas aku abis undergrad aritu....

September:
Secara rasminye bergelar post-graduate student di UPM....
Bermulalah kesibukan dengan menjalani kehidupan sebagai full-time teacher,part-time lecturer....
Sabtu ahad aku kini di UPM.....



Maybe konvoi raya terakhir coz after raya kebanyakan geng raya samth 2003 bakal mendirikan rumahtangga.....dan yang pasti aku akan sntiasa merindui saat bergaduh dgn mereka sepanjang konvoi raya yang pernah aku join....

Kat rumah nazri.....suka sgt gmbar ni..cam gambar sebuah keluarga bahagia
Open house special for my beloved students.1st time wat open house......xsngka majority student aku dtg.Serentak dlm 50 org dtg......Mmg sgt best walaupun agk letih......






October:
Menyambut hari kelahiran ke-25 bersama student....
Suprise besday celebration from them di pizza hut midvalley....
Thanks to all my beloved students......





December:
Penutup bulan tahun 2011 ini memberikan kenangan yg agak pahit.....
Apapun biarlah rahsia.....
Semoga Allah melindungi diri yg teraniaya ini......

Begitulah sedikit sebanyak apa yg berlaku sepanjang thn 2011....
Dan yang pasti,langit tak selalunya cerah........
Begitulah hakikat kehidupan hidup di dunia ini.........
Ada kalanya kita gembira,ada kalanya kita berduka......
Apapun aku redha dengan qada' & qadarNya.......
Kerana aku percaya,apa yg telah Allah tentukan adalah yg terbaik buat hambaNya........


Buat semua sahabat2 yang  telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011:
Barakallulakuma wabaraka ’alaikuma wajam’abainakuma fi khair.....
Semoga hidup kalian sentiasa di bawah limpahan rahmatNya & bahagia hingga ke syurga.........

Harapan & impian tahun 2012:
  • Semoga diri ini menjadi hambaNya yang lebih baik & mengajak orang lain bersama utk membuat kebaikan......
  • Semoga diri ini sentiasa SYUKUR di atas segala nikmat & SABAR di atas segala ujian.....

Sebenarnya terlalu banyak harapan & impian aku utk tahun 2012 ini.....
Tak tertaip sebab rasenye dah cukup panjang entry kali ni......
So,cukupla setakat ini utk kali ni.......

Berlalunya tahun 2011 seiring dengan berlalunya SEMESTER I,2011/2012 di UPM....
Begitu pantas masa berlalu,kita sudah 1 semester aku bergelar post-graduate student tanpa disedari......

Kepada yg membaca entry ini:
Doakan agar diri ini dapat menjawab dengan tenang dalam final exam yg bermula 7 January ini........





Friday, December 23, 2011

Demam

Demam dr last week baransur pulih.......Alhamdulillah.....
Tp belum sepenuhnye pulih.....masih batuk2 & selsema......
Cuma sakit kepala after bgn tdo dah berkurang........
Walaupun pada asalnye berazam xnk g klinik jumpe doctor.....
Tp akhirnye aku gagahkan diri gak g klinik walaupun xsuke jumpe Dr
Napela kite kene jumpe Dr kalo demam ek???
(cam pelik plak soalan aku ni kan???)
Kan best kalo xpyh jumpe Dr......
Hehehe,tp kalo xjumpe Dr,nnt Dr xde keje plak kan????
Apapun,sebolehnye aku akan elak dr jumpe Dr (kalo bole)
Xtaula nape,tp kalo dah mmg terpaksa tu,aku g gak la....
Masa kecik2 okla,mak ayah tolong hntr g klinik.....
Dah tua2 ni,kenela berdikari......
Jaga kesihatan sendiri,kalo sakit jumpe Dr sendiri.....
Xpyh mak ayah nak teman2.......

Aku g klinik UIA je......nsb baik Dr pompuan........
Dia xbg mc pun....officemate ckp kalo nk mc kene mintak......
Tp dah alang2 g keje,xperlulah mc kot.......
Lgpun ada ank2 buah kt umah,kang dok umah mkin sakit kepala plak.....
So gagahkan diri,drive sorang2 g keje gak.......
Esok ade presentation survey........
Aku harap semuanya berjalan lancar & semoga esok beransur pulih.....

Ni lah antara ubat2 yg aku dpt....paracetamol,ubat selesema & ubat ape ntah lg 1 tu yg kene hisap2 cam gula2

Yg ni ubat sakit tekak xsilap aku...xsngka berjaya menghabskan dlm ms 3 hari

Monday, December 19, 2011

I need to be strong enough.........

Semester 1,2011/2012 berbaki seminggu....next week last class survey,quality control & design.....
Ramai ingtkan next sunday xde class coz christmas.....as expected,bila kita dlm level master ni,lecturer xkan kisah public holiday ke,xpublic holiday ke,awal muharram ke,raya haji ke......as long as 14 weeks......
So,nak xnak,to be safe.....sepanjang bergelar master student ni,assume je every weekend ade je kelas......xkesahla break ke,xbreak ke......nak lg selamat,kalo nak wat apa2 kenduri,terpaksalah buat masa cuti semester....(alamak,cam dah off topic ni)

Ok,back to the point......
Dah nk hujung2 sem ni banyak plak group work/assignment/project work yg sumenye kene wat in group & submit masa final......walaupun sibuk nk wat preparation utk lecture notes SHF1124 (since sem baru di cfs dah nak bermula),nak xnak assignment mesti disiapkan......ada hikmahnya disebalik kesibukan yg melanda.....dah nk hujung2 sem ni,barulah aku mengenali dan mula rapat dengan beberapa org classmate aku.....kalo xde group work,rasenye possibility utk aku bertegur sapa dgn diorg tu agak rendah.......Allah itu Maha Adil kan????
Dia dah aturkan semuanya yg terbaik buat kita......Syukur Alhamdulillah.......

Test II survey & QC dah dapat.....tinggal markah test II utk design je.....harap2 ada improvement dari yang sebelum ni......aku dah cuba yang terbaik......semuanya kini aku serahkan padaMu ya Allah......

Jumaat lepas kak aff bw aku pergi makan tutti frutti yg org sekarang tgh dok kepoh2 tu.....aku sebenrnye xdela teringin sangat sebab aku tau bende tu mahal (kedekutnye la cik ella ni),tp at least bila pasni org tnye,dah pnh makan tuti fruity?bolehla aku jawab "DAH".....hehe....act bukan kedekut,aku xkesah bnda tu mahal tp berbaloi.....kalo xsilap aku 100gm=rm5.20....aku amik sikit je rasenye,skali tetiba kene RM11!!!!nsb baik gune student card,dptlah discount dlm RM2.....rsnye cukupla sekali tu merasa....pasni kalo bukan org belanja or sj2 nk g,mmg xlah kot.......rsnye better beli aiskrim yg jual kt pasaran 1 tupperware tu,then makan ramai2 1 family.....berhari2 pun kadang2 xabis gak.....kan lebih berbaloi camtu???kan kan kan????hehe.....teringat plak kata2 lecturer management aku dulu:"we all pay for the brand".....mmg pun....aku sgt2 setuju.....tp ikut barang gak,kalo kita bayar lebih utk brg yg berkualiti & thn lama,xpelah.....itu prinsip aku........

Inilah kedai tutti frutti yg aku g kat bangi....mmg nmpk exclusive


Masa aku g makan tutti frutti tu,hujan renyai2....(pandainye,musim2 sejuk sibuk makan aiskrim plak mmg cr pasal si ella ni)....malam tu apa lagi......haha.....selamat la.....kononnye nk study QC dgn kak aff....at last both tdo awal coz kepenatan wat assignment ptg tu & kekenyangan makan benda alah tu & akibatnye both diserang selsema sampailah ke hari ini.....tmbahan plak dapat result QC & SURVEY....bertambah demamlah aku........

Inilah dugaan utk aku........Allah berikan sakit sebab Dia sayangkan hambaNya.........doakan diri ini cepat sembuh.......I need to be strong enough.....banyak lagi kerja xsiap.....sabtu ni ada presentation,group discussion utk assignment survey,group discussion utk project work & assignment design.......
The most important thing is final exam juz around the corner......

Dalam demam2 camni pun sempat lg ke walimah ex-coursemate....munirah....Semoga bahagia hingga ke syurga

Tuesday, December 13, 2011

Berjalan Tanpa Henti


Berjalan Tanpa Henti

Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia 
 
p/s:Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Semoga aku terus berjalan tanpa henti......