Wednesday, February 29, 2012

Hidup merupakan satu perjuangan & perjuangan itu memerlukan pengorbanan

Apakah itu kehidupan?apakah definisi sebenar sebuah kehidupan?
Tanpa merujuk kepada kamus dewan bahasa & pustaka,aku akan tafsirkan sendiri apa yg dimaksudkan dengan kehidupan mengikut pandangan aku.Tidak semestinya semua org perlu setuju.Mungkin ada yg membantah.

KEHIDUPAN adalah suatu PERJUANGAN.Dan yang pastinya utk berjuang mestilah memerlukan PENGORBANAN.Bila bercakap mengenai pengorbanan,banyak lagi perkara yg kita boleh dihuraikan.Pengorbanan dari segi harta,tenaga,masa dan sebagainya.

Bekerja sambil belajar bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.Pastinya ia memerlukan pengorbanan yg sangat besar pada yg empunya diri.Pembahagian masa yg sistematik sangat penting bagi memastikan amanah yg dipertanggungjawabkan dapat dijalankan dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat menyiapkan tugasan2 sebagai seorang pelajar.

Bagi aku yg berada dalam kategori ini,keutamaan perlu diberikan terhadap kerjaya.Walau sebanyak mana pun tugasan yg diberikan,sebanyak mana pun topik2 yg xcover lg utk test,aku perlu memastikan semua kerja2 atau amanah yg diberikan oleh org atasan telah diselesaikan terlebih dahulu dengan sebaiknya.Itu janji aku pada diri sendiri sejak dari mula aku membuat keputusan utk melanjutkan pelajaran.

Kadang2 ada saat dan ketikanya aku tidak dapat menghadirkan diri ke kelas atas komitmen kerja.Itulah yg dinamakan PENGORBANAN.Tidak menghadirkan diri ke kelas pada zaman undergraduate sama sekali jauh beza dengan zaman postgraduate.Ketinggalan 1 lecture postgrad ibarat ketinggalan 10 lecture undergrad.Begitulah perumpaannya.

Apapun,kita hanya mampu merancang & Allah jugalah yg berhak menentukan segalanya.Mungkin ini adalah ujian daripada Allah utk melihat sejauh mana hambaNya ini bersabar dengan ketentuanNya.Dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Pesanan buat diri ini:Teruskan perjuangan & jangan pernah berputus asa.

HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN

Thursday, February 23, 2012

Mumulakan langkah

Alhamdulillah.....berakhir sudah cuti semester yg bermula sejak 14 Januari yg lalu....kira2 sudah  sebulan lebih aku bercuti dari belajar (secara formal).....hakikatnya setiap hari aku belajar.....belajar dari kesilapan yg lalu,belajar menguruskan masa dengan lebih baik,belajar dari kisah2 & tazkirah yg disampaikan oleh pelajar2ku sendiri & banyak lagi perkara baru yg aku belajar pada setiap hari.......

Kini sudah tiba masanya untuk aku meneruskan perjuangan....menimba ilmu pengetahuan Allah yg terlalu luas ini.....Sabtu ini,bermulalah secara rasminya SEM II 2011/2012 di UPM.......meneruskan perjalanan sebagai pelajar sarjana di UPM

4 subjek yg diambil pada sem ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu........aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Ustz Hasrizal ketika beliau dijemput dalam bual bicara di MHI sempena Maal Hijrah yg bertajuk PERCAYA UTK BERJAYA......

"PERCAYA SESUDAH MELIHAT SESUATU ITU TIDAK MEMPUNYAI APA2 MAKNA YG SIGNIFIKAN.APA YG HEBAT IALAH PERCAYA SEBELUM KITA MELIHAT SESUATU DAN KITA BEKERJA UTK MELIHAT APA YG KITA PERCAYA"

Itu adalah antara satu sebab kenapa aku membuat keputusan untuk mengambil 4 subjek pada semester ini yang mana pada mula aku menjejakkan kaki di UPM aku berkata pada diri yg aku xkan mampu mengambil lebih dari 3 subjek disebabkan oleh komitmen kepada kerjaya.

Semoga aku terus diberi kekuatan oleh Allah utk meneruskan perjalanan yg masih panjang ini.Sudah pastinya ia bukanlah jalan yang mudah (hakikatnya tiada jalan mudah utk berjaya).Tetapi aku percaya pasti ada hikmah disebaliknya......Semoga Semester I yg sudah berlalu itu menjadi pengajaran & pengalaman buat diri ini.Sesungguhnya pengalaman adalah guru yg terbaik buat diri kita.Di harap SEM II ini menjadi ruang & peluang utk aku melakar kecemerlangan.

-STUDY & WORK SMART-

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(Al-Insyirah:5-6)

Saturday, February 18, 2012

MOTIVATION

Ada org pernah ckp:"mengajar students medic & yg seumpama dgnnye (pharm/denti) ni heaven"
Bg aku sebagai seorang guru,pensyarah atau term yg paling aku suke "pendidik",siapa pun pelajar kita,apapun kursus/bidang yang diambil itu tidak patut menjadi ukuran susah atau senangnya mengajar mereka.Sebagai seorang guru,tugasnya adalah utk mengajar serta mendidik anak2 didiknya xkira apapun latar belakangnya.

Pengalaman yang boleh dikira hanya setahun jagung di CFS,sudah cukup membuatkan aku merasa tidak adil bagi seorang guru menilai pelajar2nya berdasarkan bidang2 yg mereka ambil.
Sebagai contoh:"bila disebut pelajar engin,akan terlintas difikiran,pelajar2nya degil & susah nak ajar.....bila disebut student medic,akan terlintas difikiran,pelajar2nya baik,senang nk ajar"

Tugas seorang guru bukanlah satu tugas yg mudah seperti yg digembar gemburkan oleh masyarakat sekeliling.....sebagai seorang guru,tugasnya bukanlah hanya mengajar,bahkan juga utk mendidik.......tugas mengajar mungkin tidak sukar bagi kebanyakan orang tetapi mendidik bukanlah satu tugas yg mudah dan boleh dipandang enteng.......

Bagi aku,mengajar student engin memang besar cabarannya........tetapi tidak dinafikan,mengajar student dari critical course juga ada cabarannya......
Setelah hampir 2 bulan mengajar pelajar2 dari critical course pada sem ini,aku telah menjumpai satu titik persamaan diantara kedua2 pelajar dari bidang yg berbeza ini.....(engin vs medic)

Apakah titik persamaan itu??????

THEY NEED MOTIVATION.......



Tidak kira sebijak mana pun mereka........they need motivation.....itu adalah fitrah sebagai seorang manusia..... mereka sentiasa memerlukan semangat,sokongan dan dorongan dari orang disekeliling mereka utk menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar di CFS khususnya.Tika diri dibelenggu masalah peribadi,masalah dengan society,assignment/tugasan yang melambak2,test/quiz atau exam yg tidak putus2 sering membuatkan diri merasa tertekan dan akhirnya hilanglah rasa semangat untuk belajar dan akibatnya menjejaskan prestasi akademik mereka sendiri.



Aku percaya,semua orang perlukan motivasi dalam hidup ini.....tetapi apa yg ingin aku tekankan ialah,betapa besarnya peranan seorang guru dalam melaksanakan amanah yg diberikan......mengajar mungkin sesuatu yg mudah,tetapi tidak mendidik.......

Didikan memerlukan masa......dan pada pandangan peribadi aku,didikan yg berkesan adalah didikan secara halus & lembut......mana mungkin seorang pelajar yg "takut" kepada seorang guru disebabkan ke"garangannya" akan menerima teguran/nasihat gurunya dengan mudah..........

Pada minggu ini,ketika kelas berbaki lebih kurang 45min,aku yg asalnya bercadang utk meneruskan lecture dengan menyambung chapter 3 (Intro to statistics) akur dengan permintaan pelajar yg meminta utk tidak meneruskan lecture sebaliknya meneruskan kelas dengan sesi tazkirah & kata2 motivasi..........

Miss:Bole saya teruskan dengan chapter 3?
Students:Minggu depan jela miss……
Miss:Abis tu,banyak masa lagi,awak nak buat apa?
Students:Tazkirah la miss…….bagilah kata2 motivasi…….letih belajar chapter 2 ni…….

Apa yg boleh aku rumuskan di sini ialah,sebagai seorang guru penting utk kita mendengar luahan pelajar........jika aku membuat keputusan utk meneruskan lecture pada ketika itu tanpa menghiraukan keinginan pelajar2,apakah akibatnya?adakah mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yg aku smpaikan?
Jadi pada ketika itu,aku berikan ruang & peluang utk salah seorang atau sesiapa sahaja pelajar di dalam kelas itu utk memberi tazkirah atau berkongsi sesuatu bersama rakan2 sekelas mereka. Dan akhirnya tanpa dipaksa,ada salah seorang pelajar dengan sukarela ingin berkongsi sesuatu.

Banyak perkara yg beliau kongsikan dan ianya berkaitan dengan profesion sebagai seorang doktor berdasarkan buku2 yang beliau baca.Dan di akhir perkongsian itu beliau menyeru & mengajak rakan2 yang lain untuk mempelbagaikan bahan bacaan (tidak pada buku akademik sahaja) sebagai persediaan menghadapi dunia luar yg penuh dengan cabaran.

Selepas perkongsian itu seperti biasa,aku akan merumuskan apa yg diperkatakan & sempat juga utk aku berkongsi apa yg aku dengar melalui radio ikim dalam slot mukmin professional oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi yg pada aku topic itu memberi makna yg signifikan kepada mereka yang bakal bergelar Dr 5 thn akan datang,InsyaAllah……

Ini antara point2 yg aku sampaikan pada student aku berdasarkan slot mukmin professional yg aku dengar:


“Dalam hati kita perlu sentiasa ada Allah…..kenapa?Kerana selagi mana dalam hati kita ada Allah,selagi itulah adanya harapan.Harapanlah yang membakar semangat dan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan (keep hope alive)”

NO GOD,NO PURPOSE
NO PURPOSE,NO MEANING
NO MEANING,NO HOPE
NO HOPE,NO ENDURANCE
NO ENDURANCE,NO SUCCESS

Bila tiada Tuhan dalam hati kita,tiadalah tujuan hidup,
Bila tiada tujuan hidup,tiadalah makna kehidupan ini,
Bila tiada makna,tiadalah harapan,
Bila tiada harapan,tiadalah kesabaran & ketabahan,
Bila tiada kesabaran & ketabahan,tiadalah kejajayaan

“Cth:2 orang pesakit kanser yang berada pada tahap yang sama,mendapat rawatan yang sama dari doktor yang sama di hospital yang sama,tetapi kadar kesembuhan mereka berbeza.Pesakit yg mempunyai harapan yg tinggi utk sembuh,lebih cepat sembuh berbanding pesakit yg sering merasakan ‘aku tiada harapan utk sembuh’.

Apa yg ingin ditekankan ialah,betapa pentingnya seorang doktor apabila berjumpa dengan pesakit selain daripada memberikan mereka rawatan, berikan juga mereka HARAPAN.Disebabkan itu kita digalakkan BERDOA,kerana berdoa itu membentuk sangka baik dan harapan kepada Allah.



So cute la this boy


Betapa besarnya peluang untuk berdakwah bagi seorang doktor……sebab apa?kerana orang akan mudah percaya cakap doktor……..Jangan persiakan peluang yg Allah bagi utk meneroka bidang perubatan yang melaluinya terlalu banyak bukti kekuasaan dan kebesaran Allah.Dan cuba tanya kembali kepada diri, “Kenapa aku memilih bidang ini?apa tujuan aku ingin menjadi seorang doktor?



Itu adalah pesanan terakhir  kepada pelajar2ku sebelum kelas berakhir.
Berbalik kepada persoalan awal td…….apakah cabaran mengajar student2 medic ?(seumpama dengannya?)
Inilah jawapannya………..

Cabarannya adalah bagaimana hendak menarik minat mereka utk terus berada dalam kelas selama 2 jam & memberikan tumpuan sepenuhnya (yg mungkin agak mustahil) pada subjek yang pada kebanyakan mereka tidak minat & merasa subjek itu tidak memberi apa2 kepentingan dalam kerjaya mereka di masa akan datang.

Di sebabkan itu,aku sering berkongsi cerita2 yang kebanyakannya relate dengan medical field (samada cerita2 yg aku dengar dari sahabat2 yg berada dlm medical field,cerita2 dari buku2 yg aku baca ataupun cerita2 dari ceramah2 yg aku dengar) samada di awal kelas,di pertengahan kelas mahupun di akhir kelas. Semoga dengan cerita2 itu sedikit sebanyak dapat memberi input yg berguna kepada mereka sebagai persiapan utk mereka menghadapi realiti kerjaya sebagai seorang Dr.

Allahu’alam………

Wednesday, February 1, 2012

Dentistry vs Pharmacy vs Medic

I always being ask by my students this sem (medic,pharm & denti):
"why we should learn math especially trigo?"....
Act they do not ask me directly....but looking at their faces every time I come to class and every time I start the lecture (about trigo) makes me feel that they are actually want to ask that kind of question.....
So,one day ,I try to ask them the question sound something like this:

"Did u ever think,why as a medical/pharm/denti students,u should take this subject or learn all those things (trigo) which are not related to your field at all?"



Then the students answer:"so many times madam....."

Hahaha......with the answer,it is not juz answering a question....but so many questions in my mind......tq my bro & sis for being honest to me & especially to yourself.....

Then,I said to them:
"There are 2 reasons why as a medical/pharm/denti students u should learn this subject/specifically trigo which is for u it seems like it does not related to your field/profession later on......."



The first reason is:
1.Math is a part of science......all of u claim that u are the sciencess students rite?is any one feel that they are actually an art students?of course not......math is something about logical thinking.....u learn biology which is telling u about the fact, fact & fact......studying math act help you to brush up another side of your brain.....when u clerk a patient one day InsyaAllah (2-3 years from now),of course you will not tell them about half-angle,double-angle,inverse trigo etc........but,as a doctor you are always face the situation whereby you should make a decision on the spot since you are dealing with people's life or death..........




In this situation sometimes using fact doesn't works or sometimes u need the fact+logical thinking to help u to make an accurate,faster & the best decision for the sake of your patients..........


Act math is something that u cannot see in front of you directly......for example,u see a bridge & u know that the bridge was built by an engineer & design by an architect......do u think that they are not using math application at all to built that bridge?
Think about it.......

Of course you will not see the application of trigo function,differentiation,algebra etc on the bridge.....
Like I said before math is something  that u can't see......but it is actually there....behind the scene......in fact all of our daily life is related to mathematics.........

For example: what is time now?how much did u spend today?how much time do u need to finish up your assignment?


It is good to be a doctor/pharmacist/dentist........but it is better to be a doctor/pharmacist/dentist who are logical & critical thinker..............


The second reason is:
2.One day,when you have a children & your children ask you about trigo,u know how to answer........=)
(To avoid them saying that:"mama & papa ni,nama je doktor,tp soalan senang trigo pun xtau jawab...hehehe,,,just joking)

Tuesday, January 10, 2012

Final Exam

Sabtu lepas 1st paper final exam aku.....rsnye cam dah lama sgt x amik exam......rs cuak+gementar+takut semua ada........perasaan tu normal cuma org ckp kalo terlebih akan membawa padah....or kalo xde perasaan lgsung,xnormal plak.....

Lastweek aku amik cuti 2 hari (kamis+jumaat) semata2 utk prepare utk 2 paper tu....wpun ade department meeting jumaat tu,nsb baik HOD baik hati.....beliau luluskan jgk cuti aku....

Aku g umah kak aff cam biasa,ptg jumaat,gerak dr umah dlm kul 2.30pm....dlm kul 5.30pm,aku dapat call dr ikhwan.....(one of the adik kesayangan aku yg aku kenal ms kt ktn dulu)

Borak agk lama kt phone......adela dlm 20-30min.......mmg dah lama sgt kami xcontact walaupun kami satu tmpt belajar......last jumpe time aku 1st day msuk kelas master,then aku nk final exam,br kitaorg contact balik.....

Tetiba dalam kul 7 lebih aku dapat mesej dari Ikhwan yg membuatkan aku sgt2 terharu sampai nk menitiskan air mata.....

"Akak,lupa nak ckp...mmg sy mcm jarang contact akk tp saya selalu care akk tanpa sedar....saya slalu usya akk kt fb...betol....sy slalu nmpak akk kne tag kt gambar2 kawin kawan2 akk...huhu...sy doa gak utk akk semoga cepat bertemu jodoh..akak,kalo da ada bgtau saya tau..nak jd antara adik2 akk yg tau awal hal tu...heeee...syg akak...good luck exam esok n lusa...do the best n the rest to Allah...=)"

Mmg terharu sgt2 smpaikan speechless aku dibuatnya....aku bersyukur sgt Allah temukan aku dengan mereka semua.....hidup aku penuh dengan kegembiraan sejak kenal mereka semua.....

Semoga Allah panjangkan umur mereka & sentiasa lindungi mereka di bawah rahmatNya.....

Friday, January 6, 2012

Need to manage time wisely

So many things to do nextweek (after final exam design & qc)....
Checklist:
1.Notes for revision class SHE 1114.....
2.Study for survey sampling final exam.....
3.Ready for 1st class SHF1124 (dah lama siapakan lecture notes tu,so dah lupa sikit2...kene revise balik)
4.Prepare attendence sheet,photostat course outline & notes for students
5.Isi APAR

Banyaknya benda nk kene setel by nextweek....risau xmampu nk setelkan....
Td baru cek list name student utk group yg aku ajar.....
Mostly dentistry,medic & pharm students......
And setakat ni bilangan bro 8 only out of 75......
Sangat kontra dengan sem lepas.......
Tp standardla tu kalo ajar SHF 1124.......
Sebenarnya agak cuak bila ajar student dari critical course ni.....
Tak taulah kenapa.....mayb sbb zaman belajar dulu rs kerdil sgt compared to bdk2 medic & pharm (zaman aku dulu belum ada lg kos entistry)
So perasaan tu terbawak2 smpailah aku dah bekerjaya ni.....
Semoga Allah permudahkan segala urusanku......






p/s:Perasaan cuak & gementar utk memulakan Sem III,2011/2012 yg hanya lg 5 hr ni lebih lg dr perasaan cuak nk final exam utk esok & lusa....xtahulah kenapa....mayb sbb aku rs aku xreally prepared for lecture......
apapun,semoga semuanya berjalan dgn lancar.....


Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru,umur baru

Aku terpanggil utk bercakap psl umur bila terbaca status pada fb seorang kawan yg berbunyi:

"bila tahun baru umur kita makin meningkat,xbestla mcm ni...."

Sebelum aku bercakap panjang tentang hal ini,ingin aku tegaskan di sini bahawasanya apa yg aku tuliskan di sini hanyalah sebuah perkongsian juga pendapat aku berdasarkan pembacaan artikel2,majalah2 & buku2 ilmiah.....
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kita semua dalam menjalani kehidupan di dunia yang hanya bersifat sementara ini.........

Dah tentunya bila timbul tahun baru,umur kita akan meningkat.....xkesahla berdasarkah tahun hijrah mahupun masihi.....xpernah plak aku dengar ada org umurnya makin menurun bila tahun baru.....mathematically,YEAR directly proportional to  AGE......(orang math kalo xsentuh psl math xsah....hehehe)

Aku kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan "xbest" dlm status di atas......bukankah kita selalu berdoa agar Allah panjangkan umur kita????boleh dikatakan at least sthn sekali kita akan berdoa semoga Allah panjangkan umur kita ketika kita menyambut hari kelahiran....betul x???itu at least......xpernah plak aku dengar bila seseorang tu menyambut hari kelahiran dia berdoa agar dipendekkan umur....tp xtahulah kalo ada org mcm tu....Allahu'alam......

 Kalo bukan kita yg berdoa pun,pasti ada orang lain yg mendoakan kita agar kita dipanjangkan umur.....disebabkan sekarang zaman teknologi,orang boleh bg ucapan pd hari kelahirang kita di fb & semua orang bole baca.....bole dikatakan dalam beratus2/beribu2 orang yg bg ucapan  tu confirm ada yg bg ucapan:
"Semoga dipanjangkan umur......"

Jadi,kenapa perlu ada word "xbestla"????bukankan bila bertambahnya umur kita itu merupakan satu nikmat yg tidak terhingga daripada Allah?Allah dah makbulkan doa kita & doa sahabat2 kita.......sepatutnya sebagai hamba kita perlu mengucapkan rasa SYUKUR & bukan sebaliknya.......

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan tambah(nikmat),jika kamu kufur(nikmatKu),sesungguhnya azabKu amat pedih" 
(Surah Ibrahim:7)

Bila bertambahnya umur kita bermakna Allah memberikan kita lagi peluang utk melakukan amal soleh sebagai bekalan di akhirat yang kekal abadi juga sebagai peluang untuk kita menyesali atas dosa2 lalu serta bertaubat.....

"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri"
(Surah Al-Baqarah:222)

"Perkara yang sangat kukesali bila masa berlalu adalah umurku semakin meningkat, namun amalanku tidak juga bertambah." 
-Ibnu Mas'ud rahimahullahi taala-
 
Aku percaya ada sebab2 tertentu kenapa timbulnya rasa "xbest" dlm diri seseorang itu bila meningkatnya umur.Kemungkinan besar ada beberapa impian & harapan pada tahun lepas yg masih belum dikecapi.
Seperti impian untuk memiliki rumah,kereta,kerjaya yg stabil,sambung belajar,cemerlang dalam akademik (mencapai cgpa tertentu),mendapat anugerah pekerja cemerlang,anugerah pelajar cemerlang dan mendirikan rumahtangga.

Apapun sebab yang menimbulkan rasa "xbest" itu,percayalah bahawa apa yang telah Allah tentukan utk kita adalah yang terbaik walaupun sebaliknya pada pandangan mata kita yg terhad ini.

"Kita tidak mengetahui apa yang terbaik utk diri kia sendiri.Kita hanya penerima,kita bukan Pemberi.Yg memberi ialah Allah,dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya utk kita adalah yang baik belaka.Namun,akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit,pedih & sakit.Mahunya yang manis2 sahaja.Apatah lagi nafsu...ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya"
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Apa yang paling penting,jangan pernah berhenti berharap padaNya.Teruskanlah berusaha.Jangan dirisaukan natijah.Yang kita perlu risaukan adalah usaha.Insya-Allah,selepas usaha segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik.

"Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)


Kadang2 kita tidak sedar tentang apa yg kita katakan atau tuliskan itu telah menyebabkan kita tergolong dalam golongan orang yg kufur akan nikmatNya.Sebab itulah kita disuruh berkawan dengan orang2 yang baik yang boleh menegur akan kesalahan kita & sentiasa berusaha mencari ilmu.

Aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan & dosa.Sentiasa memerlukan orang sekeliling,sahabat2,ahli keluarga utk sentiasa menegur setiap kesalahan & dosa yang aku lakukan tanpa sedar.Aku sedang cuba utk memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik dari semalam dan dlm masa yang sama cuba utk mengajak orang lain juga melakukan kebaikan.Xsalah kan?

Sekian.....