Wednesday, November 21, 2012

Hadiah yang berharga buat mak & ayah

Ceewahhh....ade nama lg....:)





Lebih kurang 2 minggu yang lepas,aku telah menerima anugerah ini ketika appreciation night IEEP 2012 (yearly event organize by cfs) yg di adakan di Bukit Merah Laketown Resort,Perak.
Ketika nama aku diumumkan,rasa tidak percaya kerana rasa diri ini tidak layak utk menerima anugerah ini.Belum cukup usiaku 2 thn berkhidmat di cfs,aku telah dianugerahkan "Best Teacher 2012" yang disampaikan oleh Dekan CFS,Prof Torla.

Ketika aku membawa pulang benda ni,aku ckp pada mak:
"Mak,ela xpernah bagi mak peluang masuk ke dewan sekolah pada hari kecemerlangan ketika ela sekolah menengah dulu sbb ela xpernah dapat anugerah pelajar cemerlang.Tp harini,walaupun mak tiada dalam dewan utk melihat ela naik ke atas pentas menerima anugerah ini,percayalah,jauh disudut hati ela ingin mak bersama2 ela pada ketika itu.Mak anggaplah ini cara ela utk menebus apa yg sepatutnya ela kecapi ketika zaman sekolah dulu"





ALHAMDULILLAH......
Semoga dengan anugerah yg diterima ini,menjadi pendorong kpd aku utk terus cemerlang dalam menjalankan amanah yg dipertanggungjwabkan...........
Semoga Allah mengizinkan aku utk terus berada dijalan ini serta memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam mendidik anak bangsa.......

Btw.terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua jabatan,kak faizah,pen.ketua jabatan,kak dayana & semua rakan sekerja yang lain di atas tunjuk ajar, kerjasama & sokongan yang diberikan sepanjang ela berkhidmat di cfs ini.....semoga kalian terus memberikan kerjasama demi kepentingan pelajar2 cfs secara khususnya & seluruh ummat amnya......
Tak lupa juga kepada ahli keluarga;mak,ayah,kak long,kak ngah,abg & rafiq yg sentiasa menyokong ela selama ni........
Dan kepada semua pelajar2 ku samada yang pernah mendapat didikan daripadaku dari sek rendah hingga peringkat matrikulasi,terima kasih diucapkan...disamping mengajar & mendidik,diri ini juga belajar.....belajar tentang kehidupan yg mematangkan diri.........

Dan sudah pastinya anugerah ini menjadi antara kenangan manis sepanjang aku berkhidmat di cfs ini & antara perkara yang tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayatku......

Sebelum majlis bermula...........9/11/2012 (8pm)

6 comments:

  1. tahniah miss. (: senyum lebar lebar.

    ReplyDelete
  2. Salam'alaik,

    Sekalung tahniah! Terinspirasi aku dgn kejayaan ko..nnt blhla share tips ye..bg aku, ko memang anak, kawan, dan guru yg terbaik yg aku kenal..keep it up shbt! Ko berhak terima anugerah ni :)..tahniah again!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fizah....xsngka ko masih sudi jalan2 kat blog aku ni...

      Delete
  3. wah.tahniah miss...moga terus menjadi lecturer yg disayangi pelajar...(:

    ReplyDelete