Thursday, August 12, 2010

Penantian.......

     Alhamdulillah,hari ini merupakan hari ke-2 umat islam berpuasa di bulan yang penuh barakah ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak......dan hari ini juga aku menanti dengan penuh setia panggilan yg sungguh bermakna yang mana aku harapkan panggilan itu dapat mengubah hidupku ini menjadi lebih baik dan menjadi seorang yg boleh mencurahkan ilmu pada ank bangsa.

     Ketika aku menulis blog ini,jam menunjukkan pukul 8.55 pg dan aku terus menanti dengan penuh sabar.Apa yg aku mampu buat ketika ini hanyalah berdoa agar impianku menjadi kenyataan lebih2 lg di bulan yg penuh keberkatan ini.

     "Ya Allah ya Tuhanku,kurniakan aku rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepadaku dalam urusanku dengan segala petunjuk.Mudahkanla urusanku ya Allah,permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan,segala yang susah adalah mudah bagi-Mu,Ya Allah,sempurnakanlah dengan segala kebaikan,dengan rahmat-Mu,Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

No comments:

Post a Comment