Thursday, March 10, 2011

Mawaddah Wa Rahmah

Semalam department aku wat program 'visit to orphanage house' bertempat di Bukit Beruntung.....

One whole day program yang sangat best,menarik,menyeronokkan dan sangat menginsafkan

Kami tiba di rumah anak yatim tersebut pada jam 10pg.....setibanya di sana kami disambut oleh penghuni rumah itu yang berumur dalam lingkungan bayi-30 thn.....

Mak Ngah (penjaga umah itu) sangat terharu & berbesar hati menerima kunjungan kami.....

Melihat keadaan anak2 yang tinggal di situ membuatkan kami berasa amat bersyukur dengan kehidupan normal yang kami nikmati sekarang...mempunyai ibu & ayah,adik beradik,tempat tinggal yang serba serbi lengkap dan sebagainya......

Kehidupan anak2 yatim di sana boleh dikatakan serba kekurangan berbanding dengan kita yang tinggal bersama dengan family sendiri,darah daging sendiri......

Tetapi mereka semua dididik dengan didikan yang sempurna,ada yang bersekolah tahfiz,menjaga pergaulan,lembut tutur bicarany,bagi yang dewasa,bertanggungjawab ke atas kanak2,pandai mengemas,memasak etc......

Bertolak dari umah ank yatim ke resort

 
Yang pakai serba putih tu adalah penjaga umah anak yatim ni,kitaorg panggil die 'Mak Ngah'
Kami membawa anak2 ini ke resort bagi menghiburkan hati mereka....antara tempat yang kami pergi adalah swimming pool dan golf arena.Anak angkat aku memilik utk ke swimming pool.....

Lupa lak nak citer,anak angkat aku bernama Muhammad Luqmanul Hakim berumur 3 thn.....Luqman @ lebih mesra di panggil Amad lumpuh sejak kecil.....xlame selepas ibu beliau melahirkannya,mak ngah pergi ke tanah suci utk mencari petunjuk daripada Allah bagaimana cara utk memulihkan Amad....

Tidal lama selepas pulang dari tamah suci,beliau mendapat petunjuk......beliau menyapukan air liur kucing pada kaki & tangan Amad dan kini amad mampu utk berjalan dan berlari walaupun tidak seperti kanak2 biasa......Alhamdulillah.......

Disebabkan Amad berjalan tidak seperti kanak2 biasa,tugas utk menjaga beliau agak mencabar....aku terpaksa mengejar ke mana sahaja dia pergi sbb dikhuatiri dia akan terjatuh.....disebabkan takut Amad terjatuh,kadang2 aku terus mendukung Amad agar tidak berlari-lari disekeliling resort........

Inilah dia anak angkat aku-Muhammad Luqmanul Hakim (3 thn)
Ramai betul peminat2 anak2 kecil itu....
Air masuk dalam telinga ke Luqman????
Senyumannya membuatkan ku jatuh hati
Abis aktivit di kolam renang,kami makan tengahari di dalam resort tu gak.....Amad xnak makan,die makan tembikai 2 potong.....

Abis 2potong,dia pun menangis.....hehe...agaknya dah terlalu lama berpisah dengan kakak yang selalu menjaga dia.......aku pun pujuk dia sambil mndukung dia.....

Nasib baik kakak tu ada tidak jauh dari tempat tu.........ketika Amad khusyuk makan buah tembikai tu,ramai lak yg mendekati dia.......mentang2la Amad dah ok & xmalu dengan orang lagi.......Ashraf panggil Amad dengan nama Nabil (Raja Lawak),katanya telinga Amad cam Nabil......

Setiap kali Ashraf mendekati Amad,aku mesti marah.....haha....aku ckp kat dia,"bukan senang tau nak ambik hati si Amad ni,jangan usik anak aku".....garang x aku????

Lelaki ni biasala,diorang mungkin suka kanak2,tp bila kanak2 tu berlari ke,merajuk ke,mulala diorang biarkan je budak2 tu.......kalo anak sendiri pun belum tentu diorang take care,apatah lagi kalo bukan anak diorang....mungkin xsemua lelaki camtu,tp mostly camtula......bak kaa orang jawa,x terlaten kalo bab2 camni.....

Miss Balqis tgh "practice"
Sementara tunggu bas sampai utk bawa kami pulang ke rumah anak2 ini




Me with my son-Amad
Amad xsabar nak naik bas,tp maknya sibuk nak bergambar plak


Kami sampai semula ke rumah Mak Ngah pada jam 2 petang.....selesai sesi salam jemaah dengan semua penghuni rumah itu,kami pun berangkat pulang dan menuju ke Masjid As-Salam,Rawang.....

Tetiba perasaan sedih menyelubungi hati ini,sebab terpaksa berpisah dengan anak2.......beberapa jam yang kami luangkan bersama mereka terasa sangat singkat......sesungguhnya bertemu dan berpisahnya kami adalah kerana Allah.......

"Jangan ditangisi sebuah perpisahan kerana kemungkinan perpisahan itu membawa kepada suatu pertemuan yang lebih bermakna"

Sesungguhnya anak kecil ini tidak mengenali siapa ibu & ayah kandungnya....


Sebelum berangakt pulang-mendengar sedikit kisah latar belakang kanak2 di sini
First time bergambar dengan kak ju and 1st time bergmbar dengan bas CFS
With miss balqis yang xlame lagi akan bergelar madam....hehe

Ya Allah,berilah kekuatan kepada Mak Ngah kekuatan dalam usaha murni beliau membesarkan anak2 yatim dan anak2 yang terbiar itu.Panjangkanlah umur beliau dan tabahkanlah hati beliau dalam menghadapi ujianMu ini ya Allah....

Ya Allah,jadikanlah anak2 yang berada disitu membesar menjadi anak yang taat, soleh/solehah.....berikanlah mereka didikan yang sempurna sehingga akhir hayat mereka.Berikanlah kesabaran kepada mereka,berilah mereka itu peluang untuk menuntut ilmu supaya mereka dapat membela nasib anak2 yang senasib dengan mereka suatu hari nanti......

Ya Allah,sesungguhnya anak2 di situ tidak berdosa......permudahkanlah segala urusan mereka.......dan aku memohon kepadaMu ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur di atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku.....

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

3 comments:

  1. was there too :)
    http://osemfiruznuraa.blogspot.com/2013/01/lawatan-kasih-sayang.html

    ReplyDelete
  2. isnin ni kami pelajar batch 94 nak g sana..untuk diri saya ni kali ke 4 in sha allah...doakan perjalanan kami ye

    ReplyDelete
  3. Mintak share no telefon mak ngah boleh?thanks!

    ReplyDelete