Monday, October 3, 2011

Suka duka kehidupan sebagai seorang guru+pelajar

Minggu ni dah masuk minggu ketiga Semester 1,2011/2012 di UPM bermula.....bermakna dah 3 minggu aku bergelar pelajar sarjana di UPM.

Honestly,xpernah terlintas langsung difikiran aku yg aku akan sambung belajar.......aim aku pada suatu masa dulu,hanyalah utk habiskan degree & membina kerjaya.................tp sejak aku mula berkhidmat di UIA ni,baru aku dapat rasakan betapa ceteknye ilmuku & mula menyedari betapa pentingnya utk aku terus menuntut ilmu......

Pepatah arab ada berbunyi:
"TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"
Selagi mana kita bernyawa,selagi itu kita dituntut utk menimba ilmu xkesahla dalam bdg apapun.....

Sejak 3 minggu yang lalu,hidup aku mulai serabut & huru-hara.....aku perlukan masa utk adapt dgn keadaan ini & perhaps as soon as possible......
Aku sgt memerlukan sokongan dari keluarga,sahabat handai,rakan sekerja,students,"adik2ku" & semua yang ada disekelilingku....
Dan yang pasti aku perlukan Dia dalam menghadapi hari2 yang penuh mencabar ini.....
Sudah tentunya kehidupan sbg seorang guru & student dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah....sangat kagum dengan wanita yang menyambung pengajian ketika sudah bergelar isteri & ibu kepada beberapa org cahaya mata & dapat menghabiskan pengajiannya.Kadang2,ada yang memegang jawatan lain di tempat kerja seperti fellow,principal,academic advisor etc.
Sudah tentula tanggungjawab mereka lebih besar & lebih berat berbanding aku yang masih bujang ini.

Aku cuba sedaya upaya memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugasan sebagai seorang guru & pelajar....
Aku cuba memberi yang terbaik semampunya......
Aku perlu yakin & percaya bahawa :
"Allah tidak akan menguji kita lebih dari apa yang kita mampu"
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
2 perkara di atas sering kali aku sampaikan pada student aku sendiri......
Dan dalam masa yang sama diharap ia menjadi peringatan pada diriku ini....

:: Yaa hayyu yaa qayoomu, birahmatika astagheeth. Aslih liy sha-aniy
kulluhu wa laa takilniy ilaa nafsiy tarfata aynin :: HR Baihaqi ::

:: Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri, dengan rahmat pertolonganMu, perbaikilah segala urusan ku, dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata ::
Subject taken this semester:
  • Design & Analysis of Experiments
  • Survey Sampling
  • Statistical Quality Control Techniques







No comments:

Post a Comment