Saturday, February 18, 2012

MOTIVATION

Ada org pernah ckp:"mengajar students medic & yg seumpama dgnnye (pharm/denti) ni heaven"
Bg aku sebagai seorang guru,pensyarah atau term yg paling aku suke "pendidik",siapa pun pelajar kita,apapun kursus/bidang yang diambil itu tidak patut menjadi ukuran susah atau senangnya mengajar mereka.Sebagai seorang guru,tugasnya adalah utk mengajar serta mendidik anak2 didiknya xkira apapun latar belakangnya.

Pengalaman yang boleh dikira hanya setahun jagung di CFS,sudah cukup membuatkan aku merasa tidak adil bagi seorang guru menilai pelajar2nya berdasarkan bidang2 yg mereka ambil.
Sebagai contoh:"bila disebut pelajar engin,akan terlintas difikiran,pelajar2nya degil & susah nak ajar.....bila disebut student medic,akan terlintas difikiran,pelajar2nya baik,senang nk ajar"

Tugas seorang guru bukanlah satu tugas yg mudah seperti yg digembar gemburkan oleh masyarakat sekeliling.....sebagai seorang guru,tugasnya bukanlah hanya mengajar,bahkan juga utk mendidik.......tugas mengajar mungkin tidak sukar bagi kebanyakan orang tetapi mendidik bukanlah satu tugas yg mudah dan boleh dipandang enteng.......

Bagi aku,mengajar student engin memang besar cabarannya........tetapi tidak dinafikan,mengajar student dari critical course juga ada cabarannya......
Setelah hampir 2 bulan mengajar pelajar2 dari critical course pada sem ini,aku telah menjumpai satu titik persamaan diantara kedua2 pelajar dari bidang yg berbeza ini.....(engin vs medic)

Apakah titik persamaan itu??????

THEY NEED MOTIVATION.......



Tidak kira sebijak mana pun mereka........they need motivation.....itu adalah fitrah sebagai seorang manusia..... mereka sentiasa memerlukan semangat,sokongan dan dorongan dari orang disekeliling mereka utk menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar di CFS khususnya.Tika diri dibelenggu masalah peribadi,masalah dengan society,assignment/tugasan yang melambak2,test/quiz atau exam yg tidak putus2 sering membuatkan diri merasa tertekan dan akhirnya hilanglah rasa semangat untuk belajar dan akibatnya menjejaskan prestasi akademik mereka sendiri.



Aku percaya,semua orang perlukan motivasi dalam hidup ini.....tetapi apa yg ingin aku tekankan ialah,betapa besarnya peranan seorang guru dalam melaksanakan amanah yg diberikan......mengajar mungkin sesuatu yg mudah,tetapi tidak mendidik.......

Didikan memerlukan masa......dan pada pandangan peribadi aku,didikan yg berkesan adalah didikan secara halus & lembut......mana mungkin seorang pelajar yg "takut" kepada seorang guru disebabkan ke"garangannya" akan menerima teguran/nasihat gurunya dengan mudah..........

Pada minggu ini,ketika kelas berbaki lebih kurang 45min,aku yg asalnya bercadang utk meneruskan lecture dengan menyambung chapter 3 (Intro to statistics) akur dengan permintaan pelajar yg meminta utk tidak meneruskan lecture sebaliknya meneruskan kelas dengan sesi tazkirah & kata2 motivasi..........

Miss:Bole saya teruskan dengan chapter 3?
Students:Minggu depan jela miss……
Miss:Abis tu,banyak masa lagi,awak nak buat apa?
Students:Tazkirah la miss…….bagilah kata2 motivasi…….letih belajar chapter 2 ni…….

Apa yg boleh aku rumuskan di sini ialah,sebagai seorang guru penting utk kita mendengar luahan pelajar........jika aku membuat keputusan utk meneruskan lecture pada ketika itu tanpa menghiraukan keinginan pelajar2,apakah akibatnya?adakah mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yg aku smpaikan?
Jadi pada ketika itu,aku berikan ruang & peluang utk salah seorang atau sesiapa sahaja pelajar di dalam kelas itu utk memberi tazkirah atau berkongsi sesuatu bersama rakan2 sekelas mereka. Dan akhirnya tanpa dipaksa,ada salah seorang pelajar dengan sukarela ingin berkongsi sesuatu.

Banyak perkara yg beliau kongsikan dan ianya berkaitan dengan profesion sebagai seorang doktor berdasarkan buku2 yang beliau baca.Dan di akhir perkongsian itu beliau menyeru & mengajak rakan2 yang lain untuk mempelbagaikan bahan bacaan (tidak pada buku akademik sahaja) sebagai persediaan menghadapi dunia luar yg penuh dengan cabaran.

Selepas perkongsian itu seperti biasa,aku akan merumuskan apa yg diperkatakan & sempat juga utk aku berkongsi apa yg aku dengar melalui radio ikim dalam slot mukmin professional oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi yg pada aku topic itu memberi makna yg signifikan kepada mereka yang bakal bergelar Dr 5 thn akan datang,InsyaAllah……

Ini antara point2 yg aku sampaikan pada student aku berdasarkan slot mukmin professional yg aku dengar:


“Dalam hati kita perlu sentiasa ada Allah…..kenapa?Kerana selagi mana dalam hati kita ada Allah,selagi itulah adanya harapan.Harapanlah yang membakar semangat dan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan (keep hope alive)

NO GOD,NO PURPOSE
NO PURPOSE,NO MEANING
NO MEANING,NO HOPE
NO HOPE,NO ENDURANCE
NO ENDURANCE,NO SUCCESS

Bila tiada Tuhan dalam hati kita,tiadalah tujuan hidup,
Bila tiada tujuan hidup,tiadalah makna kehidupan ini,
Bila tiada makna,tiadalah harapan,
Bila tiada harapan,tiadalah kesabaran & ketabahan,
Bila tiada kesabaran & ketabahan,tiadalah kejajayaan

“Cth:2 orang pesakit kanser yang berada pada tahap yang sama,mendapat rawatan yang sama dari doktor yang sama di hospital yang sama,tetapi kadar kesembuhan mereka berbeza.Pesakit yg mempunyai harapan yg tinggi utk sembuh,lebih cepat sembuh berbanding pesakit yg sering merasakan ‘aku tiada harapan utk sembuh’.

Apa yg ingin ditekankan ialah,betapa pentingnya seorang doktor apabila berjumpa dengan pesakit selain daripada memberikan mereka rawatan, berikan juga mereka HARAPAN.Disebabkan itu kita digalakkan BERDOA,kerana berdoa itu membentuk sangka baik dan harapan kepada Allah.



So cute la this boy


Betapa besarnya peluang untuk berdakwah bagi seorang doktor……sebab apa?kerana orang akan mudah percaya cakap doktor……..Jangan persiakan peluang yg Allah bagi utk meneroka bidang perubatan yang melaluinya terlalu banyak bukti kekuasaan dan kebesaran Allah.Dan cuba tanya kembali kepada diri, “Kenapa aku memilih bidang ini?apa tujuan aku ingin menjadi seorang doktor?



Itu adalah pesanan terakhir  kepada pelajar2ku sebelum kelas berakhir.
Berbalik kepada persoalan awal td…….apakah cabaran mengajar student2 medic ?(seumpama dengannya?)
Inilah jawapannya………..

Cabarannya adalah bagaimana hendak menarik minat mereka utk terus berada dalam kelas selama 2 jam & memberikan tumpuan sepenuhnya (yg mungkin agak mustahil) pada subjek yang pada kebanyakan mereka tidak minat & merasa subjek itu tidak memberi apa2 kepentingan dalam kerjaya mereka di masa akan datang.

Di sebabkan itu,aku sering berkongsi cerita2 yang kebanyakannya relate dengan medical field (samada cerita2 yg aku dengar dari sahabat2 yg berada dlm medical field,cerita2 dari buku2 yg aku baca ataupun cerita2 dari ceramah2 yg aku dengar) samada di awal kelas,di pertengahan kelas mahupun di akhir kelas. Semoga dengan cerita2 itu sedikit sebanyak dapat memberi input yg berguna kepada mereka sebagai persiapan utk mereka menghadapi realiti kerjaya sebagai seorang Dr.

Allahu’alam………

2 comments:

  1. Motivation.Walaupun dah lama tak dengar miss beri tazkirah.tpi bila baca blog miss rasa mcm dgr tazkirah miss.seriously,I really2 miss that moment :') Bertambah bersemangat bila sy baca entry ni :D tq miss su comel!

    ReplyDelete
  2. we all need motivation dear....kadang2 sy sendiri mendapat semangat & motivasi daripada tazkirah2 student......dan mmg saat itulah yang akan pling dirindui setiap kali dihujung sem....u're almost welcome princess....all the best to you!!!

    ReplyDelete