Thursday, February 23, 2012

Mumulakan langkah

Alhamdulillah.....berakhir sudah cuti semester yg bermula sejak 14 Januari yg lalu....kira2 sudah  sebulan lebih aku bercuti dari belajar (secara formal).....hakikatnya setiap hari aku belajar.....belajar dari kesilapan yg lalu,belajar menguruskan masa dengan lebih baik,belajar dari kisah2 & tazkirah yg disampaikan oleh pelajar2ku sendiri & banyak lagi perkara baru yg aku belajar pada setiap hari.......

Kini sudah tiba masanya untuk aku meneruskan perjuangan....menimba ilmu pengetahuan Allah yg terlalu luas ini.....Sabtu ini,bermulalah secara rasminya SEM II 2011/2012 di UPM.......meneruskan perjalanan sebagai pelajar sarjana di UPM

4 subjek yg diambil pada sem ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu........aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Ustz Hasrizal ketika beliau dijemput dalam bual bicara di MHI sempena Maal Hijrah yg bertajuk PERCAYA UTK BERJAYA......

"PERCAYA SESUDAH MELIHAT SESUATU ITU TIDAK MEMPUNYAI APA2 MAKNA YG SIGNIFIKAN.APA YG HEBAT IALAH PERCAYA SEBELUM KITA MELIHAT SESUATU DAN KITA BEKERJA UTK MELIHAT APA YG KITA PERCAYA"

Itu adalah antara satu sebab kenapa aku membuat keputusan untuk mengambil 4 subjek pada semester ini yang mana pada mula aku menjejakkan kaki di UPM aku berkata pada diri yg aku xkan mampu mengambil lebih dari 3 subjek disebabkan oleh komitmen kepada kerjaya.

Semoga aku terus diberi kekuatan oleh Allah utk meneruskan perjalanan yg masih panjang ini.Sudah pastinya ia bukanlah jalan yang mudah (hakikatnya tiada jalan mudah utk berjaya).Tetapi aku percaya pasti ada hikmah disebaliknya......Semoga Semester I yg sudah berlalu itu menjadi pengajaran & pengalaman buat diri ini.Sesungguhnya pengalaman adalah guru yg terbaik buat diri kita.Di harap SEM II ini menjadi ruang & peluang utk aku melakar kecemerlangan.

-STUDY & WORK SMART-

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(Al-Insyirah:5-6)

2 comments: