Wednesday, November 21, 2012

Hadiah yang berharga buat mak & ayah

Ceewahhh....ade nama lg....:)





Lebih kurang 2 minggu yang lepas,aku telah menerima anugerah ini ketika appreciation night IEEP 2012 (yearly event organize by cfs) yg di adakan di Bukit Merah Laketown Resort,Perak.
Ketika nama aku diumumkan,rasa tidak percaya kerana rasa diri ini tidak layak utk menerima anugerah ini.Belum cukup usiaku 2 thn berkhidmat di cfs,aku telah dianugerahkan "Best Teacher 2012" yang disampaikan oleh Dekan CFS,Prof Torla.

Ketika aku membawa pulang benda ni,aku ckp pada mak:
"Mak,ela xpernah bagi mak peluang masuk ke dewan sekolah pada hari kecemerlangan ketika ela sekolah menengah dulu sbb ela xpernah dapat anugerah pelajar cemerlang.Tp harini,walaupun mak tiada dalam dewan utk melihat ela naik ke atas pentas menerima anugerah ini,percayalah,jauh disudut hati ela ingin mak bersama2 ela pada ketika itu.Mak anggaplah ini cara ela utk menebus apa yg sepatutnya ela kecapi ketika zaman sekolah dulu"





ALHAMDULILLAH......
Semoga dengan anugerah yg diterima ini,menjadi pendorong kpd aku utk terus cemerlang dalam menjalankan amanah yg dipertanggungjwabkan...........
Semoga Allah mengizinkan aku utk terus berada dijalan ini serta memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam mendidik anak bangsa.......

Btw.terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua jabatan,kak faizah,pen.ketua jabatan,kak dayana & semua rakan sekerja yang lain di atas tunjuk ajar, kerjasama & sokongan yang diberikan sepanjang ela berkhidmat di cfs ini.....semoga kalian terus memberikan kerjasama demi kepentingan pelajar2 cfs secara khususnya & seluruh ummat amnya......
Tak lupa juga kepada ahli keluarga;mak,ayah,kak long,kak ngah,abg & rafiq yg sentiasa menyokong ela selama ni........
Dan kepada semua pelajar2 ku samada yang pernah mendapat didikan daripadaku dari sek rendah hingga peringkat matrikulasi,terima kasih diucapkan...disamping mengajar & mendidik,diri ini juga belajar.....belajar tentang kehidupan yg mematangkan diri.........

Dan sudah pastinya anugerah ini menjadi antara kenangan manis sepanjang aku berkhidmat di cfs ini & antara perkara yang tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayatku......

Sebelum majlis bermula...........9/11/2012 (8pm)

Wednesday, October 31, 2012

Random story for the past 3 months


 Me as a course leader & chief invigilator

July 12,2012........post aku yg terakhir dalam blog ni......
Kalau sem lepas (SEM III,2011/2012) aku bole update blog at least seminggu skali,tp sem baru2 ni
(SEM 1,2012/2013), jangan kata 2 minggu skali,sebulan skali pun aku tak dan nak mengupdate blog....
Hari2 aku dipenuhi dengan melaksanakan amanah yg dipertanggungjawabkan as a Course Leader bg subject SHF1124.....tambahan pulak 20 cntct hr/week+4 hr for consultation......so 24 hours/week!

Apapun,Alhamdulillah......semuanya dah berakhir......seronok sebenarnya dapat experience jadi Course Leader ni.....walaupun pada mulanya aku agak cuak esp time midsem exam & final exam.As a course leader aku adalah chief invigilator utk both exam di AMF.....so aku lah org yang akan bercakap dihadapan (bg intruction etc).

Yang paling xboleh dilupakan apabila aku diberitahu oleh student aku ada certain student yang ingatkan aku adalah "guru praktikal"/akak senior yg datang dari gombak ketika bercakap dihadapan....hmmm......yg tu time midsem exam.....maybe time final exam,ramai dah tahu yg aku adalah one of the lecturer math.....


Sangat seronok dapat bekerja bersama "akak2" yang sangat supportive & sangat membantu memudahkan kerja aku.......walaupun aku adalah yg paling muda dikalangan mereka.Btw,thanks a lot to kak dayana,kak aini,kak azila & kak sa'yah.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.....

______________________________________________________________________________

Me & my students

Sebenarnya banyak sangat yang ingin diceritakan mengenai aku & student2 aku semester ni....tp kalo nak cerita sumenye maybe 7 hari 7 malam pun xkan habis since aku ajar 4 group sem ni......so mayb apa yang bakal aku ceritakan juz summary & event2 penting yg berlaku antara aku & mereka.....

Tp sebelum tu,aku akan cerita as a general dulu......bagi aku this semester adalah semester yang paling mencabar bagi aku utk attached dengan student......it takes about 5 week utk aku attached dengan mereka.
Dalam masa 5 minggu yang pertama,setiap kali masuk kelas,aku dapat rasekan ada sumting yg kurang or dalam erti kata lain,kelas tu tersangatlah "dry" & boring.......aku masuk kelas bagaikan juz utk lecture then finish.......walaupun aku cuba bercerita di dalam kelas spt semester2 sebelum ni,tp still......entahlah,aku xpernah salahkan mereka cuma maybe sebenarnya ada sumting wrong dengan cara penyampaian aku or cara aku berkomunikasi dengan mereka.....

But after week 5,relationship antara aku dan mereka improved.......Alhamdulillah.........thank you Allah....

G101 (ALLHS students)

With G101(only 2 brothers left out of 3)
Gmabar ni di ambil masa last class dengan G101 kat E001.....boleh dikatakan group paling "simple" & paling senang nak attached dgn mereka......rajin melayan kisah2 dongeng aku & banyak gak perihal kehidupan yang kami kongsikan sepanjang semester ni.......

Amirul (class rep) & Huzaifah



Disebabkan kelas ni ramai xdtg open house,so kitaorg pun wat jamuan raya dalam kelas




G108 (BIOSC students)

G108 (All sisters)
Boleh dikatakan setiap semester aku akan dapat 1 kelas sume sisters.....seronok kelas sume sis ni sebab boleg open discussion.....we can share everything.....and time tazkirah session pun,masing2 xdela segan silu sangat.......mcm2 topic yg kitaorg bincangkan daripada hal wanita,keluarga smpailah hal rumahtangga......

Comelnye je diorg ni......



Kad ucapan beserta pantun 4 kerat.....siap berbunyi lagi dengan syarat kene tekan "PRESS"

Time jamuan raya merangkap jamuan hujung sem







Antara 4 org student yang aku bawa jalan2 ke UIA Gombak sempena COVEST



 G115 (Medical students)

Group ni bole diklasifikasikan sbg group yang plg kuat makan & kuat bergambar.......dan group ni juga adalah group aku perlukan masa yang lama utk attached dengan mereka.......sebabnya????xtaulah kenapa,apapun Alhamdulillah,after week 5 kami semua sangat rapat & siap bole breakfast sama2 dalam kelas & pergi ke open house sama2......

Dan dengan group ni jugak first time aku g iftar dengan student kat luar UIA.....mulanya aku rasa impossible nk wat iftar kat luar disebabkan masalah transport & bajet...tp semuanya dapat di "manage" dengan baik oleh mereka walaupun ada yang berjalan kaki dari CFS ke seksyen 14..........

Sebelum bertolak ke House of Pakeeza
Time iftar kat House of Pakeeza
Brothers G115 (kurang 5 org)







After semua orang kekenyangan.........


Open house hani




 
After breakfast dlm kelas

Jamuan akhir sem+besday celebration

Besday boys & besday girls (october)






G126 (ALLHS,NUS,BIOSC,PHARM,MEDIC students)

Ni group yang universal......sume course ada dalam group ni......group yang agak pendiam & sangat sederhana dari semua sudut.........seingat aku,kitaorg pernah breakfast sama2 dalam kelas sekali.....
Gambar dengan group ni xde tapi most of them datang time aku wat open house.....so ini jelah gambar kenangan yang ada.......apapun,kenangan bersama group ni still ada dalam kotak memory aku.....


Open house raya (Ni je gambar yg sume g126)
Mix G126,115,101

Mix G126,115,101,108
SURPRISE BESDAY CELEBRATION (in advance)

A day after final exam math........










_____________________________________________________________________________

To all my students:

"Belayarlah di lautan kehidupan dengan bahtera IMAN serta bernakhoda dengan TAQWA & ILMU PENGETAHUAN.InsyaAllah,jika kita belayar di lautan kehidupan dengan tujuan mendapatkan syurgaNya,maka kita tidak akan kenal erti putus asa"



Semoga ilmu yang telah awak perolehi & bakal diperolehi digunakan dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Siapapun awak semua di masa hadapan,apapun bidang yang bakal awak ceburi,di mana jua awak bekerja dan berada,jadilah seseorang yang manusia yang boleh memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Doa saya,semoga awak semua berjaya di dunia & akhirat & sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya........

Sayang awak semua.....................










With love,
~Madam Suhaila~






Thursday, July 12, 2012

Suka & duka........

Suka
Habis sudah setahun setengah kontrak bersama UIA.....mulai semalam,aku adalah permanent staff UIA...
Alhamdulillah............kegembiraan disambut bersama student2 sem ni.....cam biasela....aku buat kek batik khas utk mereka.....(itu je pun yg paling senang,cepat, mudah & yg aku tahu buat)....pasni kene study buku 365 resipi...baru bole jadi org (bak kata mak)

Setelah 4 minggu,hubungan aku dgn mereka semakin erat.....mungkin xsemua group lagi.....InsyaAllah,akan diperbaiki dari masa ke semasa......ice breaking xsetel lg utk 2 group.....
Ya Allah,permudahkanlah urusanku......baikilah hubunganku dengan mereka seperti apa yg telah Engkau taqdirkan sebelum ini.............

Baru2 ni,aku telah melihat perubahan pada seorang ex-student aku....dia berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni.....Alhamdulillah....Allah telah membuka hatinya utk berhijrah......aku percaya,setiap manusia mempunyai ruang & peluang utk berubah......Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri"

Perubahan yg berlaku pada dirinya membuatkan aku lebih bersemangat utk terus mengajar & mendidik anak2 bangsaku sendiri.....dan perkara ini juga membuatkan aku lebih percaya bahawa dengan kelembutan & ketegasan mampu utk mengubah attitude seseorang pelajar itu dengan syarat selepas berusaha,serahkan segalaNya pada Allah......InsyaAllah lama kelamaan hatinya akan lembut walaupun pada asalnya seorang yg ego....

Duka
Biarlah ia menjadi rahsia...........terima dengan hati yang terbuka walaupun pahit untuk ditelan.....semoga adanya kemanisan yg berpanjangan & berkekalan disebalik kepahitan yg sementara itu.......
Itulah lumrah kehidupan......kadang2 kita gembira,kadang2 kita berduka......itu semua ujian dariNya.....
Yang pada hakikatnya utk mengajar diri ini bersabar..............bersabarlah wahai hati.......
"La tahzan.....Innallaha ma'na"








Tuesday, June 26, 2012

Ke mana hilangnya mentari?

Kadang2 Allah sembunyikan matahari......Dia datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya2.....ke mana hilangnya mentari.....
Rupan2nya Dia nak hadiahkan kita pelangi.......

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya......
Bersabarlah..........

Semoga suatu hari nanti,jika aku berada di tempat seperti itu,aku tidak akan menjadi seperti "mereka".......

Wednesday, June 6, 2012

Final Exam

Di kala semester II,2011/212 di UPM bakal melabuhkan tirainya,SEMESTER I,2012/2013 di CFS bakal bermula.......
Setiap semester mmg ini yg akan berlaku.......minggu pertama lecture di CFS adalah minggu final exam aku di UPM......dan sudah menjadi kebiasaan,department meeting atau meeting2 yang lain selalunya di adakan seminggu sebelum semester bermula.........

Dan semester ini department meeting akan di adakan pada hari jumaat, 8/6/2012.....
Kalo kebiasaannye aku akan bercuti sehari sebelum final exam,tp kali ini aku terpaksa membatalkan hasrat utk bercuti sehari sebelum exam kerana "attendence is compulsory" & department meeting kali ini sangat2 penting disebabkan kebanjiran new intake yg diluar jangkaan & kebiasaan......

Hasrat utk pulang seawal mungkin selepas meeting pun terpaksa dibatalkan kerana meeting Course Leader di adakan pada jam 2.30pm.......(rs cam nak nangis bila baru dpt tau hari ni)
Apapun aku beruntung dapat bos yg concern......bila beliau umumkan meeting utk course leader akan diadakan jumaat petang,beliau bertanya samada aku ok atau x dgn waktu tu......
Dengan berat hati aku menjawab ok sebab aku tau xde waktu yg lebih sesuai melainkan pada hari jumaat ni.....semoga Allah permudahkan segalanya.....

Apapun doakan agar diri ini sentiasa kuat dan dapat menjawab dengan baik & tenang pada hari sabtu ini...


I'm not pretend to be strong but I have to......

"You never know how strong you are until being strong is the only choice that you have"

Thursday, May 31, 2012

Apa ada pada gred

Assalamualaikum.....
Rasa dah lama bebenor xupdate blog ni....berhabuk+bersarang dah......
Kononnye cam bz......workshop setting exam question sampai 2 minggu walaupun sbnrnye 2 hari je.......
Apapun,itu dah menjadi rutin sebagai seorang guru.....
Marking,wat soalan,type soalan,mengajar,mendidik,kerja admin sikit2 etc.......

Kali ni nak bercerita megenai tajuk di atas......APA ADA PADA GRED
Sempena result final exam SEM III,2011/2012 yg dijangka akan diumumkan esok dan juga sedikit sebanyak apa yg aku pelajari sepanjang workshop 2 minggu yg bermula lastweek & berakhir semalam........
Basically nama workshop tu EXAMINATION SETTING WORKSHOP yg mana itu adalah program rutin/wajib dilakukan once a year for each department.......
Since thn ni masuk thn kedua aku berkhidmat di CFS,so ini adalah kali kedua aku menghadiri workshop sebegini.....

So.....straight to the point......
Apa kaitannye workshop ni dengan tajuk entry aku kali ni?
Workshop kali kedua yg aku hadiri ini byk memberi aku pengalaman & pengajaran......
Kalau dulu kali pertama menghadiri workshop ni,aku rasa bosan & xbanyak cakap sgt pun masa discussion.....(suppose to be la kan,sbb staff baru.....xlehla komen banyak2 sgt....)....soalan yg aku wat pun ntah apa2 je aku rs....sbb tu kene reject coz x ikut TST (Test Specification Table) & Bloom's Taxanomy or dalam erti kata lain wat soalan syok sendiri tanpa memikirkan level of thinking student/kesannya terhadap student.......

Pada workshop kali kedua ni apa yg aku pelajari adalah:
  1. When we set up an exam question,we have to consider level of thinking of the students
  2. Be careful with the sentences,instruction,question all those things related to the question (make sure it is clearly stated)
  3. The time that we take to do the whole set of exam paper is very2 important (if the duration of the exam is 3 hours,teachers should answer within 1 hour) 
  4. Allocation of the mark in the answer scheme is also very2 important
Since aku dah involve fully along the discussion on setting exam question paper,barulah aku dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang guru yang mana bukan sahaja mengajar & mendidik anak2 didiknya malah menggalakkan anak2 didiknya supaya berfikir................

Selama ini apa yg aku lakukan hanyalah mengajar mereka mengikut silibus yg telah ditetapkan dan mengajar mereka cara2 utk menjawab soalan.........di situlah silapnya.......apa yang berlaku di akhir semester,apabila ditanya cthnye: "apakah yg dimaksudkan dgn mean,median and standard deviation dan berikan cth?"........."Kenapa perlu adanya coorection for continuity bila kita gunakan normal approximation to binomial?"
Mungkin hanya sebilangan sahaja yg mampu menjawab dgn betul atau tiada langsung yg boleh menjawab dgn tepat.......apa yg selama ini aku lakukan hanyalah mengajar teori semata2 tanpa memberi penerangan yg jelas apakah yg dimaksudkkan dengan semua terms statistics di atas dan tentang aplikasinya dalam real life........

Kita seringkali mengukur kecemerlangan seseorang pelajar berdasarkan gred yg diperoleh........pelajar yg memperolehi gred A tidak semestinya menunjukkan tahap pemahaman mereka lebih daripada pelajar yg memperolehi gred B or C.........mungkin kelebihan dari segi memori yg ada pada pelajar yg memperolehi gred A itu yg membuatkan beliau mendapat gred A.......mungkin apabila ditanya soalan di atas,pelajar yg mendapat gred A itu tidak menjawabnya tetapi pelajar yg mendapat gred B or C itu boleh menjawab dengan tepat........memang ini sesuatu yg subjektif......tp kita perlu terima hakikat bahawa inilah realiti sebenar yang berlaku pada hari ini.........PELAJAR HANYA BELAJAR UTK EXAM & UTK DAPATKAN A.............

Kesimpulannya,dari sudut sebagai seorang guru aku perlu memperbaiki banyak kelemahan yg ada dalam menyampaikan ilmu kepada anak2 didikku......kadang2 terasa yang selama ini aku mengajar mereka cara utk menjawab exam/cara utk score dlm subjek yg aku ajar......aku tidak menggalakkan mereka berfikir atau kalau ada pun mungkin hanya 1%.........

Aku rs inilah masanya utk aku mengubah style of teaching.........buang cara lama (yg mungkin terlalu spoon feed) dan gunakan cara yg baru iaitu lebih kepada menggalakkan mereka semua berfikir dan independent.........no more sample of past year quiizes/past year exam papers and mungkin lebih kepada 2-way communication & presentation................

Harapanku ialah aku ingin melahirkan pelajar2 yang bukan sahaja A di atas kertas malah A pada level of thinkingnya,sahsiah  & juga akhlaknya........



Notakaki:Still mengajar SHF1124 (Mathematics II) for this coming semester......
                 love to teach this subject very much..........




Friday, May 18, 2012

Gembira+Takut+Sedih

Fikiran agak bercelaru sepanjang minggu ni......

Banyak sgt berita yang baru diterima yg membuatkan diri ini terdiam & terkesima......

Semoga apa yg telah direncanakan ini adalah yg terbaik buat diri ini.......

Mohon doa dari semua......



Thursday, May 17, 2012

Random

Assalamualaikum.....
Agak sibuk sejak akhir2 ini.....Smpi kul 7.15am kt ofis arini curi2 masa update blog....
So apa yg berlaku sejak akhir2 ni,aku akan ceritakan secara ringkas pd entry kali ini....


Final Exam Math II SHF1124
11/05/2012 (Friday)........trikh yg mungkin significant pd semua graduating student CFS yg amik subject math II sem ini....hari terakhir menduduki final exam di cfs & juga mungkin hari yang terakhir berada di CFS......kegembiraan jelas terpancar di wajah2 mereka.....mungkin sebab mereka merasakan tmpoh 2 thn itu terlalu lama......bg aku,cepat atau lambat itu tidak menjadi masalah......apa yg penting apakah tempoh 2 thn itu telah digunakan dengan sebaiknya utk menuntut ilmu & berbakti kepada ummah?tepuk dada,tanya iman.......

Ramai juga student2 yg dtg jumpa aku after exam & ada juga yg dtg ke bilik.Sebak rasenye nak berpisah dengan mereka.Tak taulah kenapa..........satu perasaan yg sukar utk digambarkan.....apapun,semoga mereka semua dapat mencapai apa yg mereka cita2kan & semoga Allah berikan yg terbaik buat mereka.

Test 2 Regression Analysis & CDA
12/05/2012 (Saturday)-Dikala student2 aku bertungkus lumus prepare utk final,aku sendiri juga bertungkus lumus menyiapkan assignment yg perlu dihantar pada hari yg sama aku test.

Sharing Moment among medical student & Dr Firdaus Ujang
12/05/2012 (Saturday)-Selepas bertungkus lumus menjawab test,malam tu aku ke CFS utk bersama2 student2 medic mendengar celoteh abg firdaus.....hehe....ptg tu lebih kurang kul 6.30 aku dpt mesej dr abg firdaus:"Dtg x malam ni?abg xtau nak ckp apa".......rs cam nk gelak guling2 bila abg firdaus yg "gila mic" ckp camtu........
After maghrib aku terus ke CFS & talk start lebih kurang 8.30pm......abg firdaus yg xtau nak cakap apa tu berhenti bercakap jam 11pm (lebih kurang)......
Apapun,perkongsian yg sgt menarik & dengan harapan dapat membantu medical student yg bakal menjejakkan kaki ke UIA ktn bln 9 nanti dalam menghadapi kehidupan yg penuh mencabar as a medical student & HO 5 yrs later........

Marking time!!!
14/5/2012 (Monday)-Start marking paper final.....bertungkus lumus cuba utk siapkan secepat mungkin sebab banyak lagi kerja menunggu.........esp preparation utk test 2 mathematical statistics pada hari ahad ni.


Hari Guru
16/5/2012 (Wednesday)-Banyak dapat doa & ucapan "Selamat Hari Guru" dari student2......seronok sgt jadi cikgu ni......kt CFS ni xdela smbut hari guru cam kt sekolah dulu (nyanyi2 lagu "Guru Malaysia",wat persembahan depan student,dapat cabutan bertuah etc)
Apapun,officially ni tahun 3 aku bergelar guru start 2010........act 1st time sambut hari guru masa lepas SPM.....mengajar kt SRA Darul Ulum........masa tu jd Ustazah (ceewah....).....tahun 2004...itulah kali pertama aku bersama barisan pendidik2 yg lain yg juga merupakan guruku suatu masa dulu menayikan lagu "Guru Malaysia".....
Harapan sempena tahun ke-3 bergelar guru:Semoga diri ini terus istiqamah dalam mengajar serta mendidik anak bangsa demi membentuk tamadun khairu ummah...............

Thursday, May 10, 2012

Hadiah yg bermakna

Hadiah pemberian dari 2org studentku this semester:

Semoga saya dapat mencari mutiara di dasar hati ini.........



"A good teacher teaches,
A great teacher inspires"

I hope that I can be a great teacher forever...........

Thanks to both of you......=)