Thursday, May 31, 2012

Apa ada pada gred

Assalamualaikum.....
Rasa dah lama bebenor xupdate blog ni....berhabuk+bersarang dah......
Kononnye cam bz......workshop setting exam question sampai 2 minggu walaupun sbnrnye 2 hari je.......
Apapun,itu dah menjadi rutin sebagai seorang guru.....
Marking,wat soalan,type soalan,mengajar,mendidik,kerja admin sikit2 etc.......

Kali ni nak bercerita megenai tajuk di atas......APA ADA PADA GRED
Sempena result final exam SEM III,2011/2012 yg dijangka akan diumumkan esok dan juga sedikit sebanyak apa yg aku pelajari sepanjang workshop 2 minggu yg bermula lastweek & berakhir semalam........
Basically nama workshop tu EXAMINATION SETTING WORKSHOP yg mana itu adalah program rutin/wajib dilakukan once a year for each department.......
Since thn ni masuk thn kedua aku berkhidmat di CFS,so ini adalah kali kedua aku menghadiri workshop sebegini.....

So.....straight to the point......
Apa kaitannye workshop ni dengan tajuk entry aku kali ni?
Workshop kali kedua yg aku hadiri ini byk memberi aku pengalaman & pengajaran......
Kalau dulu kali pertama menghadiri workshop ni,aku rasa bosan & xbanyak cakap sgt pun masa discussion.....(suppose to be la kan,sbb staff baru.....xlehla komen banyak2 sgt....)....soalan yg aku wat pun ntah apa2 je aku rs....sbb tu kene reject coz x ikut TST (Test Specification Table) & Bloom's Taxanomy or dalam erti kata lain wat soalan syok sendiri tanpa memikirkan level of thinking student/kesannya terhadap student.......

Pada workshop kali kedua ni apa yg aku pelajari adalah:
  1. When we set up an exam question,we have to consider level of thinking of the students
  2. Be careful with the sentences,instruction,question all those things related to the question (make sure it is clearly stated)
  3. The time that we take to do the whole set of exam paper is very2 important (if the duration of the exam is 3 hours,teachers should answer within 1 hour) 
  4. Allocation of the mark in the answer scheme is also very2 important
Since aku dah involve fully along the discussion on setting exam question paper,barulah aku dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang guru yang mana bukan sahaja mengajar & mendidik anak2 didiknya malah menggalakkan anak2 didiknya supaya berfikir................

Selama ini apa yg aku lakukan hanyalah mengajar mereka mengikut silibus yg telah ditetapkan dan mengajar mereka cara2 utk menjawab soalan.........di situlah silapnya.......apa yang berlaku di akhir semester,apabila ditanya cthnye: "apakah yg dimaksudkan dgn mean,median and standard deviation dan berikan cth?"........."Kenapa perlu adanya coorection for continuity bila kita gunakan normal approximation to binomial?"
Mungkin hanya sebilangan sahaja yg mampu menjawab dgn betul atau tiada langsung yg boleh menjawab dgn tepat.......apa yg selama ini aku lakukan hanyalah mengajar teori semata2 tanpa memberi penerangan yg jelas apakah yg dimaksudkkan dengan semua terms statistics di atas dan tentang aplikasinya dalam real life........

Kita seringkali mengukur kecemerlangan seseorang pelajar berdasarkan gred yg diperoleh........pelajar yg memperolehi gred A tidak semestinya menunjukkan tahap pemahaman mereka lebih daripada pelajar yg memperolehi gred B or C.........mungkin kelebihan dari segi memori yg ada pada pelajar yg memperolehi gred A itu yg membuatkan beliau mendapat gred A.......mungkin apabila ditanya soalan di atas,pelajar yg mendapat gred A itu tidak menjawabnya tetapi pelajar yg mendapat gred B or C itu boleh menjawab dengan tepat........memang ini sesuatu yg subjektif......tp kita perlu terima hakikat bahawa inilah realiti sebenar yang berlaku pada hari ini.........PELAJAR HANYA BELAJAR UTK EXAM & UTK DAPATKAN A.............

Kesimpulannya,dari sudut sebagai seorang guru aku perlu memperbaiki banyak kelemahan yg ada dalam menyampaikan ilmu kepada anak2 didikku......kadang2 terasa yang selama ini aku mengajar mereka cara utk menjawab exam/cara utk score dlm subjek yg aku ajar......aku tidak menggalakkan mereka berfikir atau kalau ada pun mungkin hanya 1%.........

Aku rs inilah masanya utk aku mengubah style of teaching.........buang cara lama (yg mungkin terlalu spoon feed) dan gunakan cara yg baru iaitu lebih kepada menggalakkan mereka semua berfikir dan independent.........no more sample of past year quiizes/past year exam papers and mungkin lebih kepada 2-way communication & presentation................

Harapanku ialah aku ingin melahirkan pelajar2 yang bukan sahaja A di atas kertas malah A pada level of thinkingnya,sahsiah  & juga akhlaknya........



Notakaki:Still mengajar SHF1124 (Mathematics II) for this coming semester......
                 love to teach this subject very much..........




5 comments:

  1. waa...rase bersemangat pulak rase bile bc post ni..(wlupun saye pun xtau kenape, hehe)...miss, result kluar ble? :)

    ReplyDelete
  2. Bersemangat?dgr citer 4 jun...sy pun xtau sbnrnye....

    ReplyDelete
  3. bak kata amir khan dalam crita 3 idiot,"Jangan kejar kejayaan(success), tapi kejarlah kecemerlangan(excellence). Selepas itu kejayaan akan datang"
    habisla junior2 saya nanti, dh xda sample quiz.

    ReplyDelete
  4. They have to be independent dr cfs lg....mungkin mereka akn rs ssh pd awalnye....but at the end,sy rs mereka sgt beruntung esp bila dah msk maincamp.
    Biarlah mereka belajar hidup susah agar mereka appreciate dgn apapun gred yg mereka dpt kerana itu sume atas hasil usaha keras & titik peluh mereka sndiri.....

    Mundzir:best sgt ke citer 3 idiot tu?sy bru tgk 1st part kt youtube....cuba cite scara ringkas sikit citer tu psl ape yg bole membuatkan sy rs nk tgk smbungannye....

    ReplyDelete
  5. erm, bg saya best sgt2. cerita tentang seorang student yang belajar bukan untuk nk dptkn markah yang power or degree,tapi senata-mata untuk cari ilmu. pendek kata, non exam-oriented student. ada sorang lagi,kuat sangat study tapi sekadar menghafal tanpa memahami apa yg dia hafal. still result power. so, diorang janji utk jumpa semula selepas 10tahun untuk buktikan siapa yang lebih berjaya.
    tu isi utama la. ada banyak lagi isu lain dlm cerita tu. ada part lawak, sedih, terharu. best la, tak rugi tgk.

    ReplyDelete