Thursday, March 29, 2012

Komen from mentor for 2nd observation

Setelah  2 minggu lebih berlalu observation drpd HOD(mentor) & sorang lagi mantee under kak fizah (Kak Linda) for BTMC, barulah aku mendengar feedback/comments daripada my mentor......disebabkan my mentor
tu juga adalah HOD,so agak lambatlah utk menunggu komen dari beliau since beliau banyak komitmen lain.

Selepas mendengar komen dari beliau,aku tersenyum lebar......
Kt bawah ni adalah antara komen2 kak fizah selaku mentor:
  1. You have improve a lot compared to 1st observation (masa kene observe tajuk trigo equation)
  2. You have engagement/connection with all the students in the class
  3. You have a good control of the classroom.
  4. Your introduction was so clear & good (cause you start the class by reviewing the previous lesson)
  5. You have improvement in questioning techniques.
  6. You make the students' thinking at a 1 higher level when you are discussing something and at the same time asking them something that you are not planned to ask.And they are able to answer it correctly using their critical thinking.
  7. Since you are new (one year in cfs),but you are able to perform like the 2nd observation,it can be considered as so good.
Basically meeting aku dengan mentor utk 2nd observation ni tersangatlah sekejap compared dengan 1st observation dulu......act kak fizah pun xtau nk komen ape sebab dia kata sume good. Then die tanya komen aku plak, samada aku nk komen ape2 or nk tnya apa2......

Di sebabkan die kata sume good mestilah aku xde nk komen dah......hehe....cuma agak lari topik sikit dari BTMC....but still about teaching.....I ask her how to make student or at least to avoid them from afraid or dislike so much this topic (Counting Rules & Probability).....I ask her comments about that & try to get feedback what she actually do for her class (since she teach this subject as well this sem).

Then what she said was: she actually face the same problem too.....even though she teach MARA students,still there are students can't perform well in this topic..........in fact for previous topic she can teach so fast & finish up earlier compared to other lecturers.........so what we get from the discussion was; we need to review back the contents of the syllabus of this subject (SHF 1124) after so many years not review.And of course the arrangement of the number of exercise question in the hondout given to the students.

Dan yang pasti it takes time to do all those things even though it looks like "senang je,review jela,tukar jela mane yg patut,buang mana yang xpatut,masukkan apa yg patut" .......nk buat bende tu sume perlukan ketelitian.....but nothing are impossible in this world if we put full effort to do it,InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.......

P/s: still terngiang2 komen kak fizah td......suka2....bole senyum sampai ke telinga & the most important thing is as a motivation for me utk terus mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu & to keep up the good work & improve mana2 part yg perlu.Mungkin pasni boleh bg tips pada junior2 staff yg bakal masuk.(cheeewahhhh....bajet dah senior la tu).Credit to kak bailah,kak laili,kak dayana,kak sal & kak juhai for all the tips & support.......=)


A letter to my students (1)

To all my students in this semester (SEM III,2011/2012):

Semasa surat ini di tulis, berakhir sudah chapter 4 (Counting rules & prob) which is the most difficult topics in Math II (SHF 1124). Honestly,this is not difficult for u only,but for me as well............it is hard for me to explain what actually the question is all about and what the question ask u to find out........for your information,this is the second time I teach this subject..........

To make it shorter, if  u think that I'm not good enough to teach u especially in explaining this topic, I'm so sorry. I need time to improve and I hope that all of you can understand..........Sometimes I learn from you as well.....guru juga manusia biasa.......and of course I'm not perfect.....melakukan kesalahan & sometimes I can't answer your questions......

I can say that everyday I meet senior lecturer to ask questions related to this chapter.............
For my side,sy dah cuba buat yg terbaik..........selebihnya saya serahkan padaNya & tugas awak sume utk berusaha dan memberi yg terbaik......


My tips are :
  1. Do more discussion.....
  2. Do more exercises
  3. Try all past years....
  4. Read the question/the whole story 3-4 times at least
  5. And the most important tip is of course......DON'T GIVE UP...... 

    Jika Thomas Edison berjaya mencipta mentol setelah 1000 kali percubaan,bagaimana pula dengan awak suma?how many times that u try to answer the questions until u get it correct ?as a positive thinker,he doesn't feel that he is fail,sebaliknya beliau mengatakan bahawa beliau telah berjaya menjumpai 999 cara yg tidak menghasilkan mentol.......

    "BELAJAR BERSABAR DENGAN APA YG KITA TIDAK SUKA SUPAYA SUATU HARI NANTI KITA DAPAT APA YG KITA SUKA"

    Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu..................=)

    Thursday, March 22, 2012

    Yang PERTAMA vs yang UTAMA

    Ketika diri ini di landa kesibukan,seringkali aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak bijak dalam menguruskan masa.5 hari bekerja sebelum tibanya 2 hari utk belajar dihujung minggu terasa terlalu sangat singkat & terlalu cepat ia berlalu.120 jam yg Allah kurniakan dalam masa 5 hari terasa seperti hanya 10-20 jam.............terlalu banyak kerja & tanggungjawab yg perlu di selesaikan dalam tempoh itu.

    Tetapi bila difikirkan sedalam2nya,setiap orang Allah peruntukkan dengan kuantiti hari yang sama,jam yang sama,saat yang sama dan detik yang sama.Kenapa perlu beri alasan "tidak cukup masa,terlalu sibuk,banyak kerja dan sebagainya?adakah kita sesibuk Rasulallah?adakah kesibukan yang ada pada diri ini melangkaui kesibukan Rasulallah yg sentiasa dan tidak pernah putus asa berdakwah pada umatnya dalam masa yang sama,baginda juga seorang ketua keluarga,datuk,sahabat & hamba yg sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah?Tepuk dada,tanyalah IMAN.......(peringatan utk diri sendiri)


    Cuma kadang2 diri ini rasa bersalah dalam meletakkan perkara yg pertama dan yang utama.Teringat satu ketika dulu,masa zaman belajar ada seorang sahabat yg sangat aktif bepersatuan (NGO) sehinggakan kami semua mengatakan bahawa "Ahmad (bukan nama sebenar) mmg dilahirkan utk menjadi seorang pemimpin".
    Ketika usrah,beliau pernah mengatakan bahawa:antara akademik & dakwah beliau tidak dapat meletakkan ranking (nominal).Katanya kedua2 perkara itu perlu seiringan........dakwah adalah kewajipan setiap umat Islam & akademik (ilmu) itu penting dalam menyampaikan dakwah...........kerana hanya orang yang berilmu yang mampu berdakwah dengan baik.......Allahua'alam.....

    Antara tugasan di pejabat dan kerja/assignment yg perlu disiapkan,yang mana perlu didahulukan?yang mana perlu diutamakan?aku cuba utk menggunakan masa yg terluang (ketika tiada kelas) utk menyiapkan tugasan2/assignment yg tidak pernah putus2 namun kecenderungan utk belajar & menambahkan ilmu utk tujuan PnP lebih tinggi ketika aku berada di pejabat.Prioriti tetap pada lecture notes especially bila ia melibatkan topik yang memerlukan penjelasan yang terperinci.Oleh itu,5 hari bekerja aku gunakan sepenuhnya dan cuba memperbaiki cara pengajaran & pembelajaran agar mudah di fahami oleh students.Dan tentulah aku tidak akan dapat menjamin 100% apa yg disampaikan dapat difahami sepenuhnya oleh mereka,namun apa yg mampu aku lakukan,hanyalah menyampaikan ilmu itu dengan cara yang terbaik dan mendoakan agar mereka mudah memahami apa yg aku sampaikan.

    Doakan diri ini dapat menjawab Test 1 (Regression Analysis & Categorical Data Analysis) pada hujung minggu ini dengan baik.

    Monday, March 19, 2012

    Satu perkongsian 1

    Alhamdulillah,Allah berikan kesempatan utk aku menghadiri talk yg di anjurkan oleh MRC ABC semalam jam 10pg di CFS.......
    Talk itu disampaikan oleh Ustaz Pahrol mengenai kupasan buku Di mana DIA di hatiku........satu program yg santai tetapi penuh bermakna dan bermanfaat,padat dengan kata2 motivasi yg boleh memberi inspirasi kepada diri ini dan kepada sesiapa juga yg menghadirkan diri......

    Selepas mendengar talk Ustaz itu,perasaan ingin menulis semakin tinggi.......bak kata Ustaz,kalau kita suka membaca,sebenarnya kita telah mempersiapkan 3/4 diri kita ke arah penulisan.........

    Talk yg berlangsung selama lebih 2 jam terasa sangat singkat........mencurah2 kata2 motivasi yg keluar dari mulut Ustaz.........
    Antara isi2 penting:
    • There are certain knowledge cannot be teach,but can be learn
    • Allah tidak menciptakan manusia yg bodoh,tetapi Allah menciptakan manusia dengan kebijaksaan yg berbeza (apa yg ada hanyalah manusia yg MALAS)
    • Cabaran kepada diri adalah di mana letaknya kelebihan yg Allah kurniakan kepada kita dan bagaimana caranya utk kita kembangkan kelebihan/kekuatan yg ada pada diri kita ke tahap yg optimum
    • Bertandinglah dengan diri sendiri utk BERJAYA
    • Kelebihan yg ada pada diri perlu dirasai,baru kita akan bersyukur
    • Kegagalan hanayalah kejayaan yg ditangguhkan
    To be continue.......

    p/s:xsempat dah nak menaip lagi.....akan sambung berkongsi di waktu lain.....xsabar nk jumpe boboboy.........

    Friday, March 16, 2012

    HambaMu

    Ke arah satu perjalanan
    Dalam sebuah kehidupan
    Demi untuk mengecapi
    Hasrat murni di dalam hati

    Usaha dengan doa
    Masanya akan tiba
    Dengan restu Illahi
    Kelak pasti akan ditemui

    Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
    Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
    Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya di sisiMu ku berserah
    Terimalahku hambaMu Allah
    HambaMu Allah


    Sekiranya takdir menguji
    Cekalkanlah hasrat di hati
    Semoga kesusahan bisa
    Mengajar erti terus asa

    Usaha dengan doa
    Masanya akan tiba
    Dengan restu Illahi
    Kelak pasti akan ditemui

    Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
    Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
    Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya di sisiMu ku berserah
    Terimalahku hambaMu Allah

    Dengan restu Illahi
    Kelak pasti akan ditemui

    Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
    Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
    Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya di sisiMu ku berserah
    Terimalahku hambaMu Allah
    HambaMu Allah
    HambaMu Allah

    Thursday, March 15, 2012

    Selesai di observe

    Alhamdulillah......hari ini aku selesai di observe wat kali kedua oleh mentor & sorang lagi staff department math.....
    Di observe dengan tajuk yang aku takut utk di observe.........COUNTING RULES & PROBABILITY
    Maybe disebabkan aku terlalu fokus utk "taknak" di observe tajuk tersebut,akhirnye aku dapat apa yg aku fokuskan......bak kata Ustaz Pahrol;"apa yg kita fikir,itu yg kita dapat"
    So moral of the story,berhati2 dengan apa yg kita fikirkan/fokuskan/sangkakan.....

    Pada awalnya aku ingin tukarkan waktu utk diobserve yg telah ditetapkan oleh mentorku.....tp di atas nasihat & tunjuk ajar senior2 lecturer (kak bailah,kak dayana,kak laili),akhirnye aku bersetuju utk teruskan masa & waktu yg telah ditetapkan......

    Dalam erti kata lain,counting rules pun,counting rules la...........
    Act this topic is something that using critical thinking.......my thinking with another person might be different.....its hard to explain & sometimes to interpret especially when it have so many ways/outcomes......

    Maybe for the small no of outcomes,aku boleh show/list down all the possible outcomes......but  for the large no of outcomes.......so the simplest way/the best method (atas tunjuk ajar kak dayana) is to show the students the problem that involves small no of outcomes first.......after the students can understand that concept,so it easy for them to solve another problems that involves so many possibilitites/outcomes......



    Td aku juz act cam biasa,xpandang pun 2 org observer kat belakang tu.....hehe.....orang yg diobserve biasenya xsedar kesalahan yg dia wat......aku percaya,banyak je salah td.....apapun,aku redha dan serahkan semua keputusan padaNya.........

    What counting rules is all about



    Doa yg dibaca sebelum ke kelas pagi td:

    "Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku,dadaku;dan mudahkanlah bagiku,tugasku;dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,supaya mereka faham perkataanku"

    Alhamdulillah.......semuanya berjalan dengan lancar..................Thank to all my students for the support & their cooperation as well......love u all!!!!!!!!

    Walaupun malam td sibuk wat smpai 3 loyang kek batik utk menunaikan hajat sempena berita yg aku dapat hari selasa lepas.........smpaikan ayah tnya:"ella ada kenduri ke kt UIA tu?kenapa wat banyak sangat?"

    Hahaha.....aku hanya mampu tersenyummmmmm.......mak sanggup x tidur utk temankan aku sampailah ketiga-tiga loyang kek tu siap...........siap tolong bersihkan patah2kan biskut marrie......Terima Kasih Mak!!!!

    Tak sempat amik gmbr kek batik sendiri.....grab je dr internet....hehe

    Tuesday, March 13, 2012

    Selepas setahun 3 bln......

    Alhamdulillah.......surat yg dinanti telah kunjung tiba......
    Setelah setahun 3 bulan berkhidmat di UIA,akhirnya secara rasmi harini aku dilantik sebagai Matriculation Teacher on Permanent Basis.......
    Satu berita yg sangat menggembirakan.............
    Doaku telah dimakbulkan oleh Allah.........tiada kata yg dapat diungkapkan selain Alhamdulillah.....THANK YOU ALLAH..........

    Walaupun semalam dapat berita yg agak mendukacitakan setelah menunggu jawapan sejak 4 bulan yg lepas,tetapi Allah menggantikan dengan beberapa berita gembira yg jauh lebih baik daripada apa yg aku sangkakan.

    Antaranya aku diberi peluang sekali lagi utk menjadi salah seorang pemeriksa kertas...........kalau dulu aku terpaksa menolak disebabkan ada kelas master pada hari sabtu & ahad,tetapi pada kali ini kebetulan tiada kelas hari ahad pada minggu tersebut......kalo pada pandangan manusia,itu hanyalah kebetulan.....tetapi sebenarnya tiada yg kebetulan dalam dunia ini.....semuanya dalam aturan Allah......Allah telah aturkan segalanya......apa yg telah di takdirkanNya adalah yg terbaik buat hambaNya.......

    Again.....Alhamdulillah.....THANK YOU ALLAH.......


    Friday, March 9, 2012

    Liku2 dan onak duri

    Lama dah rsnye xmengupdate ape yg ptt kt sini.....
    Nak kate sibuk,anak xde lagi yg nk kene jaga....suami xde lg yg perlu dijaga makan minumnya......
    Cuma diri ini kurang bijak dalam menguruskan masa....perlu belajar lagi cara menguruskan masa dengan baik dan lebih sistematik......

    Student CFS masih lg dalam minggu mid-sem exam.....Alhamdulillah paper math II SHF 1124 antara paper yg terawal.....jadi semalam aku dah abis marking ke semua 22 group...dan hari ini markah utk ketiga-tiga group yg aku ajar telah di key-in.........

    Overall result utk semua grup yg aku ajar,Alhamdulillah.....ketiga-tiga grup average 70-74.Kalo ikut grade kira B+ .....Tahniah utk mereka semua...........

    Nextweek class dah start seperti biasa....rasa rindu plak dah seminggu xmasuk kelas.....rindu nak dengar tazkirah2 dari student.....rindu dengan gelak tawa mereka......rindu nk tgk muka2 mereka yg mayb sampai harini sukar nak terima kenapa mereka perlu belajar math......
    (hopefully xde la lg dalam fikiran mereka benda ni)

    Mereka antara org2 yg penting dalam hidupku........mereka membuatkan diri ini belajar erti kehidupan....mereka mampu membuatkan diri ini tertawa & ceria di saat diri ini mula merasa tekanan menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru dan pelajar dalam satu masa......dan mereka jugalah tempat utk aku bercerita........(sangat seronok bila kita bercerita & ada orang yg mendengar dan lebih seronok bila mereka memberikan respon)

    "Ya Allah,Engkau panjangkanlah ukhuwah yang terjalin di antara kami semua.Permudahkanlah mereka dalam segala urusan mereka.Berkatilah ilmu yg mereka pelajari & janganlah Enkau bebankan mereka dengan bebanan yg tidak sanggup mereka pikul.Jadikanlah kami semua anak2 yg soleh & solehah dan berilah kesihatan kepada kami agar mudah kami menuntut ilmu dan menjalankan ibadah kepadaMu ya Allah"