Thursday, March 22, 2012

Yang PERTAMA vs yang UTAMA

Ketika diri ini di landa kesibukan,seringkali aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak bijak dalam menguruskan masa.5 hari bekerja sebelum tibanya 2 hari utk belajar dihujung minggu terasa terlalu sangat singkat & terlalu cepat ia berlalu.120 jam yg Allah kurniakan dalam masa 5 hari terasa seperti hanya 10-20 jam.............terlalu banyak kerja & tanggungjawab yg perlu di selesaikan dalam tempoh itu.

Tetapi bila difikirkan sedalam2nya,setiap orang Allah peruntukkan dengan kuantiti hari yang sama,jam yang sama,saat yang sama dan detik yang sama.Kenapa perlu beri alasan "tidak cukup masa,terlalu sibuk,banyak kerja dan sebagainya?adakah kita sesibuk Rasulallah?adakah kesibukan yang ada pada diri ini melangkaui kesibukan Rasulallah yg sentiasa dan tidak pernah putus asa berdakwah pada umatnya dalam masa yang sama,baginda juga seorang ketua keluarga,datuk,sahabat & hamba yg sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah?Tepuk dada,tanyalah IMAN.......(peringatan utk diri sendiri)


Cuma kadang2 diri ini rasa bersalah dalam meletakkan perkara yg pertama dan yang utama.Teringat satu ketika dulu,masa zaman belajar ada seorang sahabat yg sangat aktif bepersatuan (NGO) sehinggakan kami semua mengatakan bahawa "Ahmad (bukan nama sebenar) mmg dilahirkan utk menjadi seorang pemimpin".
Ketika usrah,beliau pernah mengatakan bahawa:antara akademik & dakwah beliau tidak dapat meletakkan ranking (nominal).Katanya kedua2 perkara itu perlu seiringan........dakwah adalah kewajipan setiap umat Islam & akademik (ilmu) itu penting dalam menyampaikan dakwah...........kerana hanya orang yang berilmu yang mampu berdakwah dengan baik.......Allahua'alam.....

Antara tugasan di pejabat dan kerja/assignment yg perlu disiapkan,yang mana perlu didahulukan?yang mana perlu diutamakan?aku cuba utk menggunakan masa yg terluang (ketika tiada kelas) utk menyiapkan tugasan2/assignment yg tidak pernah putus2 namun kecenderungan utk belajar & menambahkan ilmu utk tujuan PnP lebih tinggi ketika aku berada di pejabat.Prioriti tetap pada lecture notes especially bila ia melibatkan topik yang memerlukan penjelasan yang terperinci.Oleh itu,5 hari bekerja aku gunakan sepenuhnya dan cuba memperbaiki cara pengajaran & pembelajaran agar mudah di fahami oleh students.Dan tentulah aku tidak akan dapat menjamin 100% apa yg disampaikan dapat difahami sepenuhnya oleh mereka,namun apa yg mampu aku lakukan,hanyalah menyampaikan ilmu itu dengan cara yang terbaik dan mendoakan agar mereka mudah memahami apa yg aku sampaikan.

Doakan diri ini dapat menjawab Test 1 (Regression Analysis & Categorical Data Analysis) pada hujung minggu ini dengan baik.

2 comments:

  1. like like like!
    huuu...betul allah bg ms yg sama utk stp org, smg masa yg allah beri itu berkat utk kt. tak mengapa masa yg kt ada dirasa kurang berbnding org lain asal dgn ms yg sesingkat itu ada keberkatan di situ,maka apapn yg dibuat pasti membuah hasil..
    Teruskan usaha brsama :)

    ReplyDelete