Friday, April 20, 2012

BIASA vs LUAR BIASA

Kadang-kadang guru hanya terkejar-kejar utk menghabiskan sukatan pelajaran,memastikan para pelajar lulus dalam peperiksaan serta mengekalkan prestasi sekolah tanpa mengambil kira prestasi adab dan akhlak pelajar mereka.
Perlukah kita menyerahkan tugas menerapkan adab dan akhlak ini kepada ustaz dan ustazah sahaja?
Semua ilmu itu datang daripada Allah,bersifat murni dan sarat dengan nilai. Sekiranya kita mengambil sedikit inisiatif utk prihatin terhadap nilai2 yg boleh disepadukan dengan isi pelajaran,ini tentu akan menjadikan pengajaran kita lebih bermakna dan mempunyai nilai tambah.Itulah yang membezakan antara guru biasa dan luar biasa.
Contohnya guru sedang mengajar mengenai hormon. Mengikut perspektif sains,hormon ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh sistem endokrin dan mempunyai kesan atas kegiatan organ-organ lain. Ia perlu dirembeskan dalam kuantiti yang secukupnya,tidak boleh terlebih atau terkurang sedikit pun.Jika tidak,koordinasi kimia dalam badan akan terganggu.
Selain mengemukakan teori sains dan fakta berkaitan,lebih baik sekiranya guru itu mampu mencetuskankefahaman,kesedaran dan keyakinan dalam diri pelajar dengan mengemukakan soalan2 seperti:
  • Siapakah yang mengatur semua ini?
  • Berapa banyak tugas yang perlu dilakukan oleh hormon ini?
  • Bagaimana sekiranya hormon ini leka dalam tugasnya?
Soalan seumpama ini atau apa2 sahaja soalan yg berkaitan perlu membawa pelajar sedar betapa keagungan Allah sebagai Pencipta,sekali gus mendekatkan diri kepada-Nya.

ARKITEK MEMBINA BANGUNAN,
JURUTERA MEMBINA JAMBATAN,
GURU MEMBINA GENERASI...........

-Di petik daripada ruangan article mendidik pendidik yang ditulis dalam majalah SOLUSI isu 43 oleh DR HJH NIK ZAHARAH NIK YAACOB yang bertajuk KENAPA JADI GURU?-

Aku ingin menjadi seorang guru yang luar biasa...............


1 comment: