Wednesday, June 30, 2010

Alhamdulillah.....syukur ke hadrat Ilahi....

     Malam tadi aku g interview kat salah 1 pusat tuisyen kat taman sentosa......pelik je bunyinye kan?kalo ikut logik mane ade org g interview malam2 buta.Tapi itula hakikatnye.Logik je coz itu adalah pusat tuisyen.Bukannye company2 besar yg open ofis hour.Lagipun standard la bdk2 tuisyen waktu malam coz siang diorg sek.Betul x????hehe...

     Tak taula nak kata suratan atau kebetulan.Aku pergi ke tempat tu bersama Azimah semalam.Aku dah pernah call owner pusat tuisyen tu before ni tp die xangkat,so aku abaikan je.Cume sejak habis cuti sek 2 minggu lepas aku terasa bosanla yg teramat dok umah ni tanpa apa2 aktiviti melainkan online.So,aku nekad utk 'turun padang' sepertimana yg dicadangkan yo.

     Aku terus g ke pusat tuisyen tu dan contact owner tu yg bernama Cikgu Roslin.Aku tanye "ade lg x jawatan kosong kerani?"....die jawab ada dan die mintak aku dtg malam semalam jam 9.00 mlm.Blik je dr outing dgn azimah,aku pun prepare sijil dll.Aku harap sgt aku dpt keje situ coz at least aku bekerja weekdays.Xdelah tanam anggur je kat umah.

     Aku smpai sn tepat kul 9pm then terus naik atas di interview owner pusat tuisyen tu....owner tu sgt baik hati.Harap2 die mmg seorang bos yg baik hati.Aku apply jawatan kerani dgn gaji RM900.Tp bila die tgk sijil2 aku die serbasalah nak bg jawatan kerani kat aku.Apa2 hal pun die kate die akan contact aku dlm mase yg terdekat.

     Dan harini aku menerima panggilan telefon dr cikgu roslin tu yg mengatakan die setuju hire aku tp bukan sbg kerani,tetapi sbg penyelia.Wah!!!bagai bulan jatuh ke riba,bagai pungguk rindukan bulan.Ceewah......so mlm ni die suruh aku dtg sn amik kunci dan wat mock teaching ajar math f5 dr kul 9-10pm.Dan mulai esok aku bole strt kerja dr kul 10pg-6ptg.Alhamdulillah.....finally,i'm employed after 2 weeks unemployed........

Saturday, June 26, 2010

Aktiviti semalam dan harini........

Jumaat, 25/6/2010


Aku ade kelas tuisyen form 5 arini.....asalnye cadang nak naik motor je.Tp disebabkan keadaan cuaca xmengizinkan,aku pun pinjam kereta ayah.As expected,xramai pun yang dtg harini,cume 3 orang je (syikin,shahirah dan nabilah).Sebelum g kelas,aku dh wat lesson plan.Act lesson plan ni baru 1st time aku wujudkan.Sblm ni juz conteng2 dalam diari.Tp mulai arini,aku nak organize kerja aku supaya lebih sistematik.




Inilah die buku RPT dan buku log tuisyen aku yang aku wat sendiri



Ini antara bahan2 yang "wajib" aku bw setiap kali kelas


Inilah contoh lesson plan aku,tujuan aku buat juz utk rujukan aku dan utk sesi 2011 nant aku bole rujuk mende ni balik.... kan lebih mudah and sistematik...betul x???? 



Rak buku aku bukan dipenuhi dgn buku2 yang aku guna zaman belajar dulu....sebaliknya dipenuhi dgn buku2 SPM dan PMR termasukla math,akaun dan addmath



Gambar ni aku amik waktu aku baru pas refill ink marker ni.Tu yang tertonggeng2 tu sume marker2 ni....



Ini soalan kerja projek addmath 2010 task 1. Ini soalan yang plg susah antara 4 pilihan (bg akula).Aku tgh dalam usaha nak tolong students aku jawab mende alah ni....(kalo rajin)



Ini nota prinsip perakaunan yang aku hasilkan....(aku ker???)hehe.....Hasil penjualan buku ni,dapatla cover duit external ink yg aku install kat printer aku.....smpi skrg,still ade demand dr student aku.......mmg nota ni sgt membantu bg students yg amik prinsip perakaunan esp calon2 SPM 2010 (promote la plak.....)



Sabtu, 26/6/2010

Harini Luqman dan Affan datang rumah coz abang dino bawa ayah g melaka dan kak long plk ade aktiviti kat shah alam.Dah 3 minggu xjumpe diorg berdua, so tersangatla rindu dengan suara affan yang ngempreng dan nyaring itu (cam makciknya).Aku la tu.......entahlah,die ni pelik sikit tp sangat petah dan bijak.Seoarang budak berumur 3 tahun pandai mengatakan "maaf" tatkala die melakukan sesuatu kesalahan cthnye die terpijak kaki aku ke....terlanggar tangan ayah die ke.....entah dari mana die belajar but ini sesuatu yg positf. Kat sini aku ada post kan beberapa keping gambar die bersama abg die yang bg aku sangat mencuit hati. Kesimpulannya sepanjang harini aku melayan kerenah diorang berdua........

Selain dr layan bocah2 tu,aku ade gak wat aktiviti lain. Aku menaip nama2 fasi pada sijil. Nak diikutkan dah lama aku kene siapkan sijil ni...hehe....dr awal tahun lepas.....tp disebabkan agak bz dgn so aku abaikan je. Tetiba tgh mengemas td aku ternampak sijil2 tu, dan aku pun tergerak utk siapkan sijil tu dan poskan ke kuantan.Akhirnye.....siap gak.......tinggal nk pos keuia kuantan jer......


Si kecik affan yang sgt lucu,petah dan sgt bijak.....(tgkla sape makciknye)



 Ini lah bocah2 yg dimaksudkan......luqman dan affan (bocah2 yg selalu membuatkan kepalaku pusing.....)




Inilah printer yg sgt berjasa pada aku sejak 3 tahun yang lepas.. (wah!!!lame tu jangka hayat die) dan sejak bulan 3 aritu baru install external ink yg super menjimatkan.Hopefully pjg lg umur die....

Friday, June 18, 2010

Bershopping bersama mak tersayang.......

     Arini aku g shopping dengan mak kat JJ bukit tinggi.Tujuan yg utama nak beli kasut yg aku idam2 kan dr ari isn aritu.Alhamdulillah ada lagi kasut tu dan akhirnye dapat gak aku beli selepas tunggu promoternya samapi lebih kurang 15 min.Hampeh betul,nsb baik thp kesabaran aku ni masih tinggi.

     Sebenarnye nak upload gmbr kasut baru aku tu,tp maklumla,laptop aku ni pantang sikit kalo aku nk transfer gmbr dr memory card tu.Nape ntah aku pun xtau.Dengki betul.So aku xjadila nk upload.Byk gak aku berbelanja arini.Hehe.Reward utk diri sendiri setelah masuk 6 bulan aku mengajar.

     Act nak cerita yang petang td b4 nak kuar g JJ,aku dpt surat.Surat apa????biarla RAHSIA.Apa yang pasti,kehadiran surat tu dah cukup menmbuatkan aku happy harini dan sbg tanda aku happy,aku berbelanja hampir RM100 pada harini walaupun pada asalnye tujuan aku ke JJ hanya utk membeli sepasang kasut.Apapun aku berharap agar apa yang aku impikan dan harapkan selama ini menjadi kenyataan.Amin....

Hari ini hari jumaat................

     Seperti biasa harini aku bangun tidur.Alhamdulillah,aku masih di beri peluang oleh Allah utk bernafas di muka bumi ini.Lepas mandi,aku sarapan bersama mak dan biasa la,bila dah dok depan mak pasti ada nasihat yang ingin disampaikan.Boleh dikata kan tajuk tazkirah mak pagi ni: "Allah Maha Adil".Mak berkongsi cerita mengenai seorang rakan sekerja mak yang mana dia seorang yang diberi kesenangan dari segi harta tetapi die mempunyai masalah kesihatan.Perlu bergantung pada ubat untuk menahan sakit.Ya,mmg betul Allah itu Maha Adil.Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini.Kesempurnaan hanya milik  
Allah yang Maha Esa.

     Setiap hari aku selepas bangun tidur,dan selesaikan semua kerja2 rumah,pasti akan terlintas di fikiran apakah akan terjadi pada diriku setahun,2 thn,3 thn or 5 thn akan datang.Memandangkan sehingga hari ini aku tidak mempunyai kerja yang tetap.Masa berlalu tanpa disedari.Buat masa ni,aku tak terfikir lagi utk melanjutkan pelajaran ke peringkat master or lebih tinggi.Matlamat aku ialah untuk mencari kerja yang tetap,yang halal dan sesuai dengan jiwaku ini.Nak kata aku memilih,entahla.I have no idea.Allah itu Maha Adil.Mungkin belum ada rezeki.Aku percaya pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

     Apa2pun aku bersyukur kerana aku tidak hanya duk goyang kaki selepas grad.Aku mula mengajar tuisyen di rumah Cikgu Aspa sejak bulan januari tahun ini sehingga kini.Pada akhir bulan januari aku bekerja sbg personal loan advisor di CIMB sehingga awal bulan Mac.Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku rasa xselesa dan berhenti daripada terus bekerja di sana.Dan pada bulan April-awal bulan jun tahun ini,aku mendapat tawaran menjadi Guru Ganti di ex-school (SAMTSH) aku.Dlam tempoh 2 bulan itu,terlalu banyak yang aku belajar dan bagi aku,ia merupakan pengalaman yang sangat manis yang pernah aku lalui sepanjang hidupku.Bekerja sebaris dengan ex cikgu2 yang pernah mengajar dan mendidik aku suatu ketika dulu.Dan sepanjang aku mengajar di situ,aku still memanggil mereka dengan gelaran "cikgu" instead of "akak".Bak kata orang,sekali kite bergelar cikgu,sehingga bila2 pun kita akan dipanggil cikgu walaupun dah pencen atau meninggal.

     Kontrak aku tamat sehari sebelum bermulanya cuti sek iaitu pada 3 Jun.Dan sepanjang cuti sekolah ini,jadual aku penuh dengan tuisyen pada weekdays tetapi aku agak free pada hujung minggu yang membolehkan aku memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan2.Cuti sek hampir tamat dan aku mula berkira2 apa yang patut aku lakukan pada weekdays.Adakah aku patut accept offer cikgu utk jadi staff cikgu full time?aku bukan xnak,cuma aku x ready lagi utk ambil alih semua subjek mathematics tingkatan 4 dan 5.Aku perlukan masa untuk wat preparation coz aku xsuka mengajar dalam keadaan aku sendiri x well prepared.Aku kene pastikan aku betul2 master semua topik dalam subjek tu then baru aku bersedia utk mengajar.

     So,plan aku after cuti sekolah ni ialah mempersiapkan diri aku dengan ilmu esp dalam subjek mathematics f4 n f5.Some people say that mathematics SPM is so easy.For me it is true but to teach the subject is not as easy as we learn for ourself.Is it rite????this is juz my opinion tru my experience.Even to teach mathematics form 1 and 2 is not as easy as what we can see tru the eyes.Tp pada cikgu2 yg dah mempunyai pengalaman bertahun2 mengajar subjek matematik,mungkin bg mereka senang je.Bak kata orang,"pengalaman merupakan cikgu yang terbaik buat kita".Yelah,dah bertahun2 mengajar benda yang sama kan???mestila expert.Apapun,pada aku yang baru menceburi bidang ni setahun jagung,mmg patutla kan utk berusaha bersungguh2 supaya kita puas hati dengan hasilnya.Aku xnak menjadi seorang cikgu yang hanya melepaskan batuk di tangga.Kepuasan bagi aku adalah bila ank2 murid aku betul faham akan apa yang aku ajrkan.Money is always important but the most important thing is satisfaction.

     Kepada sesiapa yang membaca blog aku ni,doakanlah agar aku dapat lakukan apa yang terbaik buat diriku,anak2 muridku dan umat islam keseluruhannya.Dan doakanlah agar Allah murahkan rezeki aku.Amin...........

Thursday, June 17, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

     Saje je bagi tajuk ni.Maklumla,lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" ni kan tgh hits skrg ni.Nak kata ada kaitan dengan hidup aku,bolehla sikit.Act nak citer psl menda lain sebenarnye.Nak citer apa yang berlaku mase kelas ptg td.

     Harini aku sambung subtopic basic identities dan equation of trigonometric.Aku dapat soalan cepumas dari salah sorang ank murid aku lg arini.Aku tgk die termenung melihat apa yg aku tulis kat whiteboard tu dan x lama pastu die bertanya,"akak,kalo dah kerja guna ke menda2 ni sume?".Sebelum ni die jgk pernah bertanya,"org yg cipta formula ni sume hidup lg ke?".Aku malas nak panjangkan citer,so aku pun jawab,"Jika suatu hari nanti ditaqdirkan awak menjadi seorang engineer,awak jgn lupe jumpe akak dan ckp:saya dah ade jwpn kpd persoalan sy beberapa thn lalu".Die tersenyum dan berkata,"InsyaAllah".

     Aku x sangka aku akan jumpa lg student cam qadim (ex-student aku mase aku jd tutor kat SMK Panglima Perang Kuantan).Kalau dulu qadim suka tanya soalan2 sebegitu,dan harini Azree mewarisi qadim dengan unexpected questionnye.Begitula ragam budak2 sek zaman sekarang.Kadang2 diorg akan bertanye soalan yang kita sendiri pun x terpk utk bertanya kpd cikgu kita ketika kita sebaya mereka. Bagi aku,itu sesuatu yg positif sbb bile student bertanya soalan sebegitu,maknanye die ada perasaan ingin tahu yang mendalam ttg apa yg sedang dipelajarinya.

     Apapun,aku doakan agar semua ank murid aku semakin meminati subjek addmath dan bile minat sudah dipupuk,diorg akan lebih mudah memahami apa jua topik yang diajar dalam addmath ni.....

Hari yang best...........(best ker???)

     Aku baru balik dr tuisyen ni,addmath f5.Harini yang dtg agak ramai,8 org out of 16 kot.Aku pun xtau exactly bp org sebenarnye students aku tuh.Sume cam biskut.Kejap ade kejap xde.Hehe......nk citer pasal gelagat students aku dlm kelas td.

     Tadi aku ajr graph cosine,tangent and basic identities sikit.Hazreen,Azree n Syazwan cam biase suke sakat aku.Asyik "terkena" je,siap suruh aku susun ayat dulu sebelum bercakap.Maklumla,aku ni jenis yg ckp laju.Tp xleh nk control la.Rase cam kalo ckp slow tu cam pelik plak.Bile dah ramai ni,cam biasela aku jd mangsa buli yg kau2 punyer.Tp xkesahla,tu yg best sebenarnye.Xdela kelas tu boring cam waktu PnP.

     Aku bawa coklat sebotol td.Suka betul diorg cume xabis je.Aku consider harini sbg hari yg best coz aku seronok sgt mengajr diorg arini walaupun kene buli.Diorg pun enjoy je belajar,xde nk stress2.Hehe.Esok kelas cam biase,hopefully lg ramai yg dtg.

Wednesday, June 16, 2010

Rutin ku sepanjang cuti sekolah......

Harini seperti biasa aku ade kelas tuisyen.Dari jam 1 ptg-3 ptg addmath form 5.Harini sambung tajuk trigonometric function.Dah masuk part yg agak susah,lukis-lukis graf.Antara soalan favourite dalam SPM.So I need to teach them until they are really understand about it.Normally it carry at least 6-7 marks in paper 2 section A.But normally during this school holiday x ramai pun yg dtg.But,its ok for me.Bp ramai yg dtg xpenting bg aku,ape yg penting student yg dtg tu fhm ape yg aku ajr walaupun not 100% but at least they get something and they are not wasting their time during this school holiday.

Act aku sedang plan sesuatu.Sebenarnya dah lama aku plan mende ni but I think this is not the right time.I need to ensure myself really2 prepared about that and thinking about the consequences.How to overcome the problem and what will be happen after that and etc.Ceewahh......mcm plan besar je. Walaupun bukan plan besar,tp bg aku plan ni penting esp utk masa depan aku sendiri.Since until today aku xdpt kerja tetap lg so bg aku plan tu really2 important.Mayb I need more time to be prepared (walaupun aku rs dah cukup prepared sebenrnye).Aku sedang cuba menimba pengalaman dan meluaskan lg ilmu pengetahuan.Hehe......mcmla nk bukak bisnes besar.Tp bg aku experience tu mmg sgt penting.Kalo nk kata experience,act aku dah ade pengalaman sejak thn 2004 lg cume mungkin environment agak berbeza.

Sebenarnya banyak lg mende aku nak citer tp aku nak siap2 g kelas ni.Lain kali aku citer lg.To be continue......

Hati ini tenang dalam gelisah.......

Hari ini genap sebulan aku x menulis dalam blog ni.......tetiba harini rase tergerak nk menulis coz baru lepas membaca blog kak su....yg kini sudah bergelar Dr Suhaili Naim......aku sangat kagum dengan kak su.....aku percaya die seorang yg bijak dan she deserve to be a doctor after 7 years bertungkus lumus sebagai seorang pelajar medic........Congrats kak su....kite jumpe di hari konvo uia nnt...hopefully dpt sama hari n same sesi dgn student medic.....so bolehla jumpe senior faciteam nnt esp kak su,kak ili n abg safwan......

Minggu ni masuk minggu ke-2 dan minggu terakhir cuti sek......(ape kaitannye dgn aku???aku bukannya cikgu lg pun....)....mmg xde kaitan dgn aku pun tp sj nk amik tau.....ape yg pasti aku xsbr nk tau result akaun ank2 murid aku esp 4 DK n 5 ADN.......I wish that  I will have an opportunity to teach them again after dis but......I dont think so.........if,cikgu zah betul2 akan pindah sekolah, mayb aku dpt peluang tu.....
Tp xpela,mungkin bukan rezeki aku kat situ......aku redha......

Cuti sek ni jadual tuisyen aku agak berbeza......kelas aku dr isn-kamis tp hujung minggu aku free......so at least ade la mende aku nk wat weekdays......kalo xde tuisyen,mesti aku asyik dok mengadap laptop ni smpai mata letih.....hehe