Saturday, April 16, 2011

First day at class

Semalam hari pertama aku masuk kelas secara rasmi.Kalau sebelum ni aku hanya replace kelas orang,tp semalam bermulalah hari pertamaku secara rasmi mengajar.Sem ni aku ajar math II part II bagi medical,pharmacy,dentistry,nursing,bio sc dan allhs students.Hari pertama kelas yang panjang tapi xterasa.Kelas semalam straight 3 jam dari 8am-11am.

Walaupun lelah semalam belum hilang disebabkan aku invigilate mid-semester exam yang menyebabkan aku sampai rumah jam 11pm,namun aku gagahkan juga pagi keesokannya (semalam) utk mengajar dengan penuh semangat dan memberikan yang terbaik buat mereka (student).

Dan hasilnya,aku berpuas hati dengan apa yang aku telah sampaikan pada mereka,Apa yang aku plan/target utk aku mengajar semalam,dapat disampaikan semuanya,Alhamdulillah.Bermula dengan tajuk 4.1 (Counting Rules),aku mengajar seperti yang aku rancang walaupun pada mulanya agak cuak berdiri dihadapan kelas untuk pertama kalinya di AX101.Seingat aku venue yang sama pada 7 tahun lepas (tahun 2004) adalah antara tempat group binding semasa taa'ruf week yang mana ketika itu aku bergelar student matrikulasi UIA Tahun 1.

Sebelum start kelas,Br Azizul datang ke kelas untuk menyerahkan tugas kepada aku secara rasminya dan memperkenalkan aku kepada students.Br Azizul berpesan pada student agar mereka memberikan kerjasama kepada aku sepertimana yang mereka berikan kepadanya.Dengan kata-kata Br Azizul tu,aku merasa lega dan aku sangat berbesar kerana dia sanggup datang ke kelas pagi tu untuk introduce aku pada students.Thanks sir!!!!!!

Counting Rules.......
Topic yang sangat aku gerun ketika pertama kali aku dapat tahu yang aku akan mengajar math II for medical students.Alhamdulillah,di atas bimbingan dan tunjuk ajar senior lecturer,aku dapat menyampaikan ilmu itu kepada students dengan baik.Exercise aku bagi pada students non-stop dan sering kali aku berpesan: "don't ever remember the formula blindly.Make sure you read the question carefully and then solve it based on your understanding".

Aku bersyukur sebab student memberikan kerjasama,datang awal,able to answer exercise given in class,follow the dress code and hopefully until the end of this semester non of them timbulkan masalah disiplin.Kelas tamat tepat jam 11am dan b4 they leave,I always remind them what they need to prepare for the next class,when is their quiz,when they have to submit their tutorials/assignment and make sure they have finish all the homework given.

Marking Mid-Sem Examination Paper
Semalam juga aku berjaya abiskan marking 150 answer script walaupun pada asalnya aku plan untuk bawa balik.Tp disebabkan aku xnak menyusahkan orang lain,aku cuba sedaya upaya untuk abiskan marking semuanya semalam sebelum aku pulang ke rumah.Bermula jam 11.30 right after abis kelas,aku start marking.Kul 6pm aku abis marking sumenya dan terus bertolak pulang.

Ptg jumaat yang indah...jam 6ptg....what do u expect?????jem yang teramat sangat.....aku stuck kat PJ sahaja sebelum turun ke federal highway selama 1/2 jam....dan stuck pula di federal higway selama 1jam stgh....aku selamat sampai ke rumah semalam jam 8pm.....2jam masa yg di ambil dr UIA-KLANG.....sampai rumah terus solat maghrib dan badan mula rasa sengal2+kaki mula lenguh2+kepala sangat sakit=sangat exhausted......

p/s:Alhamdulillah,aku selamat sampai rumah dengan selamat walaupun mata sangat mengantuk masa drive.....

Motivasi diri:
Seringkali aku merenung dan berfikir,sekiranya aku exhausted dengan kerja2 yang aku ade sekarang (invigilate exam at night,marking paper,teaching,berdepan dengan jem yang xsudah di federal highway) yang xseberapa ketika diriku masih single (belum berkeluarga),bagaimana pula dengan senior2 lecturer yang dah tentunya sudah berkeluarga,mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada beberapa orang anak samada ank kecil/dewasa????ada yang travel lebih jauh dari aku....still berdepan dengan traffic jem,dalam masa yang sama juga perlu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepadanya......ada juga yang memegang jawatan sebagai Course Leader,Academic Advisor,Course Coordinator yang tentunya bebanan kerjanya lebih berat dari aku yang setakat cikgu biasa ni.Tp mereka masih boleh memegang amanah itu dengan baik,manage masa dengan baik,dan kerja mereka semua siap on time.Dan boleh juga sampai ke office awal dan kadang2 mereka pulang lebih lewat dari aku.Pulang ke rumah pada malam hari hampir setiap hari.Mereka pulang ke rumah dalam keadaan yang letih,dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan makan minum suami dan ank2,melayan kerenah anak2,mengemas rumah yang mungkin dalam keadaan kurang tersusun,menggosok baju sekolah anak2 dan suami,dan mungkin juga menyediakan sarapan pagi pada esok harinya.

Kalo nak dibandingkan dengan diriku,bukan sahaja aku ni tidak mempunyai tanggungjawab sebesar mereka,malah pulang ke rumah dalam keadaan makan minum semua sudah tersedia,malah sarapan juga sempat mak sediakan untuk aku hampir setiap pagi.Sepatutnya aku lebih bersyukur,kerana walaupun se-exhausted mana pun aku,aku hanya masih lagi seorang anak.Tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya mungkin xsehebat/seberat mana tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu.Jadi,tidak sepatutunya aku merungut di atas keletihan yang aku lalui sejak beberapa hari ini.Kalau mereka boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik/sempurna,kenapa tidak aku?????????

Honestly,aku kagum dengan mereka (senior2 lecturer perempuan),dan aku juga kagum dengan semua wanita bekerjaya yang dapat menunaikan tanggungjawab di tempat kerja dengan baik dan tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan anak dengan baik.Dan sudah tentu orang terdekat yang aku kagumi adalah ibuku sendiri.....Thanks mak sebab mendidik dan membesarkan ela selama ni..............semoga Allah panjangkan umur mak dan semoga kita sekeluarga sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah.

-Muhasabah diri-

p/s:kepada sahabat2 atau sesiapa sahaja yang berada disekeliling aku yang membaca entry ini,sekiranya aku mula merungut dengan kesusahan/keletihan yang aku hadapi.....TOLONG INGATKAN AKU agar aku tidak lupa untuk bersyukur di atas segala nikmatNya.....sebagai manusia,seringkali aku alpa dan sebagai manusia juga aku tidak terlepas dari ujian Allah......ketika aku diberikan kesenangan aku lupa untuk bersyukur,ketika aku ditimpa kesusahan barulah mula mengingatiNya...semoga aku dijauhkan dari sifat sebegitu.............

"Ya Allah ya Tuhanku....jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur"


Ujian adalah rencah hidup;
bukan penghalang bahagia;
bukan juga derita untuk selamanya.

Ujian hidup bak tali yang regang,
pasti akan kendur atau putus juga akhirnya;
dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

2 comments:

  1. Su, aku suka ngn entry ni..seakan2 teringat2 lg time aku jd lecturer n aku sokong 200% dgn ape yg ko tulis ni..huhu thanks a lot for sharing ur experience. hope sume org ade rasa yg sm mcm ko..
    aku doakan ko sukses dunia akhirat =)
    doakan aku, dh nk final dh, huhu..

    ReplyDelete
  2. thanks fizah.....ade gak org suke ngan entry aku...maklumlah,aku xpandai sgt menulis......sedang cuba belajar utk menulis dengan baik semoga apa yang aku tulis boleh memberi manfaat kpd orang lain.....(sedang cuba kurangkan cerita2 mengarut+terlalu peribadi dlm "RINDU SEMAKIN JAUH" ni)
    Aku doakan ko dapat jawab exam dengan baik+mudah......semoga Allah berikan ko kekuatan dan terus cemerlang dunia&akhirat

    ReplyDelete