Sudah 2 hari aku mengalami simptom2 demam ni....xtau la kenapa tiba2 ia menyerang sedangkan aku xmain hujan or panas....inilah yang dikata kan dugaan dan taqdir dari Allah.Apapun aku redha....disebabkan perkara ini aku kurangkan masa untuk menghadap komputer tetapi lebih meluangkan masa untuk bersembang bersama bonda tercinta.
Nak diikutkan aku kene mula membuat revision addmath dari sekarang coz class akan bermula ahad ini....aku akan mengajar di tempat aku menuntut ilmu dulu,rumah Cikgu Aspalela.Cikgu yang memberi aku ruang dan peluang untuk mengajar dan mendidik anak bangsa terutamanye mereka yang tinggal disekitar sg.udang dan kg.delek.Aku xtaula perasaan aku sekarang ni...excited+takut.excited sbb aku akn ajar subjek favorite aku ms zaman sekolah dulu....takut terhadap penerimaan student2 tu nanti......walaupun aku ade sedikit pengalaman dalam bidang ini,aku percaya yang setiap manusia mempunyai character yang berbeza.Apa2pun aku xnak letakkan ape2 expectation terhadap bakal student2 aku.Aku akan cuba untuk menerima mereka seadanya.
Selepas ini,masa hujung minggu aku agak terhad.Ada kebaikan dan x dinafikan ade juga kelemahan.Antara kebaikan yang aku nampak,kuranglah sikit masa aku bershopping dan hang-out bersama kawan2 dan dalam masa yang sama xperlulah aku berbelanja dihujung minggu.Mayb salah 1 kelemahan kurangnye masa aku bersama keluarga.Selalunya dihujung minggu,kak long akan ajak keluar jalan2 bersama ank2nye yang comel:Affan and luqman.Tp bermula hujung minggu ini,agak terhadlah masa aku bersama mereka.Tapi xpe,malam kan ade......
Last but not least,aku berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk aku menempuh hari2 yang mendatang.Semoga demam aku cpt sembuh supaya aku dapat mengajar dengan lebih baik dan dapat meneruskan hidup ini dengan ceria!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment