Tuesday, February 15, 2011

Selesai Sudah "Aku Terima Nikahnya"

Alhamdulillah......harini aku berjaya menghabiskan baca buku "Aku Terima Nikahnya"
Aku cuba utk menggunakan cuti sempena Maulidul Rasul hari ini sebaiknya
Pagi ni aku pergi ke MidValley bersama 2 org kawan lama bukan utk berfoya2.....
Sebaliknye dengan tujuan utama utk membeli buku.....
Mengambil kesempatan salah seorang kawan yg bekerja di MPH utk dapatkan diskaun.....

Kami berada di Mid dr kul 11pg-2.30ptg.......
Hajat utk membeli buku "Men Are From Mars,Women Are From Venus" by John Gray tercapai harini
even gaji utk bulan kedua ni belum masuk.....
Dalam erti kata lain teradvance la plak....so,masuk gaji bulan dua nnt,xpyhla spend utk beli buku.....

Selain buku tu,aku beli buku Math for Matriculation utk rujukan tambahan sbg preparation
mengajar esp utk short sem nant....
Balik dari Mid,aku belek2 sikit buku2 yg aku baru beli tadi,then terus sambung baca
"Aku Terima Nikahnya"

Sampaila tepat kul 7.30pm,aku selesai baca buku tu......Alhamdulillah....
Sebuah buku yang sangat best.....buku tentang kehidupan.....
Kehidupan sebelum berumahtangga,sedang melayari bahtera rumahtangga&
bagaimana hendak mengekalkan sesebuah rumahtannga hingga ke syurga......

Di bahagian terakhir buku ini,bertajuk "Murabbi Cinta,Seorang Nabi"......
Mengisahkan serba sedikit detik2 kewafatan baginda Rasulullah......

Di bawah ni aku sertakan lirik lagu Pemergianmu.....


Inteam – Pemergianmu

(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Tajuk Nasyid : Pemergianmu
Artis : Inteam
Album : Tiada lagi kasih


No comments:

Post a Comment